Wednesday, 9 July 2008

Salam Perkenalan

Bismillahhirrahmanirrahim,
Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan hidayahnya telah membuka pintu hati saya dalam memulakan kerja dakwah dialam maya ini,walaupun pada mulanya agak keberatan untuk melaksanakannya. Marilah juga kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat untuk terus hidup di alam dunia yang sementara dan masih lagi dikurniakan dengan dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat serta salam kepada junjungan kita, Muhammad S.A.W kerana dengan usahanya agama Islam dapat berkembang sehingga ke hari ini. Berterima kasih juga kepada para sahabat yang bertungkus lumus dan bersusah payah dalam menyebarkan agama Islam yang mulia sehingga sanggup berjauhan dengan ahli kerabat demi memastikan Islam terus tersebar ke seluruh muka bumi.

Maka atas kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk bersama-sama dalam memikul peranan ini,saya akan cuba sedaya upaya dalam memuatkan beberapa siri kisah pengajaran dan teladan yang kita boleh kongsi bersama sebagai satu renungan untuk kebaikan di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah, saya akan cuba untuk terus berada dalam satu sof perjuangan. Doakan saya agar terus teguh dan semoga bertemu lagi dalam artikel seterusnya.

'Tidak berjaya seseorang itu bukan kerana kebodohannya, tetapi kerana tiada usaha untuk berjaya'

p/s:"sampaikanlah dariku walau satu ayat" (Hadis)

0 comments:

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP