Friday, 5 June 2009

Komentar Berhubung 'One Man Show'

Komen ini diberikan oleh sahabat baik saya dari Universiti Teknologi Petronas, Harith Hasyimi. Teruskan perjuangan wahai si jantung hatiku demi memartabatkan ekonomi umat Islam pada masa hadapan. Ana tidak akan melupakan janji kita di bumi waqafan SMKA Tok Jiring satu ketika dahulu untuk tampil membantu mengesat air mata umat satu hari nanti, insyaAllah.
------------------------------------------------------------------------------------

Salam buat sahabatku yang InsyaAllah dicintai Allah dan makhluk di langit dan dibumi,

Berkaitan dengan artikel anta tentang one man show, ana rasakan ianya memang amat releven dan memang sesuai pada masa kini. Satu pendedahan yang bagus mengenai keta’suban sesuatu jemaah untuk mendapatkan sesuatu hasil dalam masa yang singkat tetapi tidak memikirkan natijahnya pada masa hadapan.

Dalam pentarbiyahan Tuhan pencipta alam kepada hambanya sendiri, yakni manusia;

Allah telah melaksanakan suatu pendekatan secara beransur-ansur bagi memastikan kesempurnaan pelaksanaan dan kesan. Apabila diturunkan syariat Al-Quran secara berperingkat, maka setiap satu dari hukumnya dapat diterima dengan baik dan diamalkan dengan teguh oleh setiap makhluk. Sehinggakan keberkesanannya memberi satu momentum kepada syariat yang seterusnya. Momentum demi momentum yang terhasil memberi satu impak positif yang dipanggil kejayaan penghasilan yaitu ketaatan yang sebenarnya kepada Allah.

Merujuk balik kepada tajuk dan isi anta mengenai setiap tokoh mempunyai sumbangannya yang tersendiri untuk memberi kekuatan kepada kejayaan sesuatu perkara. Tokoh dan sumbangan ini boleh dikatakan momentum kepada setiap peringkat yang mampu memberi kesan yang positif kepada peringkat yang seterusnya. Kejayaan yang dicapai pula membawa erti kehampiran kita dalam mendekati dan mentaati perintah Allah. Setiap peringkat ini dilalui satu persatu demi memastikan hasilnya sama seperti kain yang teguh yang dijalin satu persatu. Tanpa meninggalakan atau membuang yang sebelumya.

Sekarang kita pegi kepada perkara yang dilaksanakan pada masa kini yang kita dapat sama-sama lihat, pengejaran dan pemburuan terhadap kepentingan peribadi dan matlamat yang terlalu singkat. Mungkin kerana dosa yang dilakukan sehingga tidak mampu untuk melihat terus kehadapan. Dan hanya berbangga dengan apa yang dapat dicapai dan bukannya apa yang disumbangkan. (Individualism vs Collectivism, Geerd Hofstede Model’s of National Culture). Natijahnya, impak yang diharapakan hanya memberi kesan yang sementara dan tidak tahan lama. Maka perancangan yang teliti dan tidak mementingkan nama sendiri amat diperlukan bagi memastikan kejayaan yang berkekalan dan berpanjangan.

Kebenaran yang tidak berperancangan mampu dikalahkan oleh kebatilan yang berpanjangan.
(Saidina Ali)

Wallahua’lam.
Sekadar meberikan pandangan dan sokongan kepada sahabat seperjuangan.
-------------------------------------------------------------------------------------

Buat semua pembaca blog ini, saya mencadangkan anda supaya memperbanyak lagi bahan bacaan dan disusuli dengan tafkir/berfikir secara kreatif dan kritis. Beruzlah bersama buku itu cukup menarik.

Saya tidak sabar-sabar nak membuat satu pengisytiharan kepada semua pembaca tentang teori huffaz. Generasi al Quran yang unik akan menawan Malaysia dalam waktu terdekat dan insyaAllah bom demografi Quranic akan meletup! Saya terpaksa banyak 'berpuasa' daripada menulis kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Banyak lagi idea dan pandangan yang sedang meronta-ronta untuk dikeluarkan laksana anak kecil yang menerajang perut ibunya sewaktu dalam kandungan.

Jumpa lagi. Saya mahu menziarahi muktamar para pencinta Islam di Shah Alam pulak!

1 comments:

Hasbi 13 June 2009 at 13:34  

Salam. SESUNGGUHNYA, kita takkan kuat tanpa ikatan. Dan ikatan itu takkan kuat tanpa tarbiyah. Terima kasih sahabat. Ingat janji kita berempat? Perancangan untuk beberapa tahun lagi selepas ini. Moga perjanjian itu akan menjadi realiti untuk Ummah.. Gabungkan elemen yang terwujud antara semua, untuk berhimpun menjadi satu. Air takkan terwujud sekiranya hanya ada satu hidrogen. Tetapi, air wujud kerana adanya 2 hidrogen dan satu oksigen.. Salam ukhuwah..

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP