Monday, 13 July 2009

Sajak Pembaca; Harimau Mengembek??

Sajak ini mempunyai hubung kait dengan salah sebuah artikel saya sebelum ini iaitu Kisah Harimau di Kampung Kambing. Hayatilah..
....................................................................................

Kudengar,
suara harimau mengembek,
benarkah?
atau aku yang silap?
ya, aku silap!
mana mungkin itu suara harimau,
bukankah harimau itu mengaum,
menggerunkan makhluk sekeliling.

Kulihat,
harimau itu tiada belang,
benarkah?
atau aku yang silap?
ya, aku silap!
pelik, jika harimau tanpa belang,
kerna tiada belang ibarat telanjang.

Kutengok,
harimau itu hilang taringnya
benarkah?
atau aku yang silap?
ya, aku silap!
mana mungkin harimau tiada taring,
taring itu tanda perkasanya.

Kupandang, kuperhati, kurenung
bukan sekali,
bahkan berkali-kali,

dan aku silap,
aku silap kerna fikir aku silap,
hakikatnya aku tidak silap,
cuma pandanganku malap,
mencari beza antara benar dan perangkap.

Harimau itu berubah sikap,
apa yang lebih telah disentap,
maka berbakilah harimau yang hilang mantap.

Tidak mengaum, tiada belang, tanpa taring.

~harimau, mengaumlah!! Kurayu...~

.....................................................................................
Sajak ini ditulis oleh salah seorang sahabat saya. InsyaAllah beliau akan menyambung pengajiannya ke Australia. Doakan semoga beliau dapat menjadi salah seorang fuqaha yang akan membela perjuangan umat Islam. Ameen.

3 comments:

raudhah 15 July 2009 at 02:28  

salam.sungguh menarik dan bermakna.mg dia berjaya dalam urusannya .menjadi org yg hebat dan mengganti harimau yg bukan harimau itu lagi.mgkn harimau itu telah penat atau tidak kenal dirinya.

pengemislaila,  17 July 2009 at 00:35  

ameen..
moga dia mampu menjadi harimau yang bisa mengaum menggerunkan komunitinya~


thankz.

MarBu 17 July 2009 at 02:01  

ameen..
ana jugak doakan!

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP