Sunday, 5 July 2009

Teman, Dirimu Tersilap Memujiku

Egonya aku,
Semua perkara aku tahu
Semua laman aku lalu
Semua orang aku tipu

Aku tipu,
Aku tidak mengapa, ujarku
Aku boleh buat sendiri, bicaraku
Setakat ini aku masih mampu, tambahku
Aku tahu apa yang kamu tidak tahu

Aku mempunyai teman, tetapi hanya sebagai simpanan
Aku tempat diadu masalah bukannya mereka aku adu
Aku menahan pedih sendirian, tidak mahu dirawat kerna malu
Iyalah, aku pemimpin dan mereka dipimpin
Aku di atas, mereka di bawah
Aku panglima, mereka tentera
Takkanlah aku mahu mencabut mahkota, mendengar mereka berkata-kata
Tidak mungkin

Egonya aku,
Kutangisi masalah sendirian
Sesekali, kuadu kepada tuhan
Merenung, masih tidak membuat perkongsian
Kononnya bimbang, izzahku merudum sebagai pimpinan
Alasanku, tidak mahu teman dalam kebimbangan
Lalu kuberjalan sambil menahan sebak, memikul beban yang bertindan

Maafkan aku teman,
Ampunkan diriku wahai abang,
Kuakui dadaku pedih malam dan siang
Tidak terluah, dengan pelbagai alasan
Kekadang terfikir, alangkah indahnya jika aku hanyalah di hujung barisan
Bukannya di depan, apatah lagi sebagai perancang
Ya tuhan, berikan aku kekuatan
Syukur kepadamu, aku masih berteman

Ya tuhan,
Ampunkanlah mereka yang telah melakukan kesilapan
Silapnya mereka memberikan aku pujian
Aku lebih layak menerima cercaan
Kerna aku bukannya insan yang tahan cabaran

Ampunkan aku jua, atas apa yang mereka katakan
Terimalah taubatku, atas dosaku yang mereka tidak berpengetahuan
Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan
Semoga selamat aku meneruskan pelayaran..

MarBu,
05 Julai 2009/Ahad

3 comments:

-syauqatulwardah- 6 July 2009 at 00:47  

allahummaghfirli bimaa yaquuluun
waghfirli ma la ya'lamuun
waj'alni khairan mimma yazhunnuun

baru nak minta pendapat nta ttg penyelesaiannya tapi ana dapat ni sebelum sempat ana komen post ni..

syukran~

camarputih 6 July 2009 at 00:55  

Salam buat adikku yg d kasihi kerna Allah..
Bg dr yg hina ini, bila seorg pemimpin dpt meletakkan dirinya sebaris dgn org yg d pimpin dan org yg d pimpin dpt mersknnya, maka itu slh satu tnda kjyaan kt memimpin..Biar kt selalu merendah dr kerna itu adalh sifat para ulama' haraki yg kian hilang d dada pemuda sekarg..apapun, mg Allah kurniakan ketabhn dan kesabarn bersm adik beradik yg lain..slm syg dr abgMu yg tak reti ape2.

MarBu 6 July 2009 at 01:45  

syukran wahai abgku yg dihormati..
segan ana dgn komen drpd abg..
syukran atas segalanya, nasihat itu ringkas tetapi cukup berharga..
doakan ana...

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP