Friday, 7 August 2009

Akukah Algojo Itu?

Akukah algojo itu?
Berterus teranglah wahai pemuda
Aku tewas sambil meraba-raba
Mencari-cari di manakah nur yang sepatutnya menyinari zulumat ciptaan quraniyyun
Sesak dadaku menangisi keranda suci itu diusung pergi
Dibawa pengusung untuk dibenam ke dalam bumi
Lalu datang si pengusung tua
Berbicara jelas tanpa bersembunyi
“Pergilah hai anakku, bumi ini tidak akan subur lagi”
Tiada jawapan daripadaku
Seolah-olah mulutku ini berkunci

Akukah algojo itu?
Bersikap jujurlah hai pemuda
Aku memandang quraniyyun itu dengan penuh belas kasihan
Seusai sahaja aku memandang umat yang sedang terkandas di perjalanan
Kuyakini, semuanya kerana kamu hai quraniyyun
Kamu karam dengan bacaan yang mengasyikkan
Sehingga tangisan dan ratapan umat tiada kedengaran
Seandainya kamu sudah menunjukkan kegagalan
Maka lagilah berganda-ganda umat jauh dari kejayaan
Aku membenci kamu hai quraniyyun penempah neraka!

Akukah algojo itu?
Tunjukkan aku jawapanmu hai pemuda
Menggunung tinggi impianku tapi langkahku seinci cuma
Kucampakkan topeng ini
Aku sudah tidak bermaya lagi
Sihir ciptaan quraniyyun tidak dapat kutandingi
Meski cita-citaku untuk ke langit yang tinggi
Tapi sikapmu telah menikam semangatku yang berapi-rapi

Akukah algojo itu?
Tamparlah aku jika perlu hai pemuda
Aku manusia lemah menagih sebuah janji
Janji memakmurkan bumi dengan keadilan Ilahi
Mengesat air mata umat yang berkolam-kolam
Apakah hanya di sini tempat kuberhenti?
Sedang destinasi masih belum dikecapi
Nabi yang suci terus mengusap kedua-dua pipiku
Senyumnya menampakkan gigi
Kuhanya tertunduk merendah diri
Diriku tidak secekal engkau hai khalili
Kurebah ke pangkuan rabbi
Usaplah daku ya Ilahi..

Pejuang al Quran,
Usai Solat Jumaat, 07/08/09

2 comments:

ustazah-engineer 7 August 2009 at 17:37  

Salam.
Akk suka sgt poem ini..

Teruskan perjuanganmu wahai anak muda. Menjadi golongan quraniyyun yg bukan setakat dibibir, tapi dgn amal perbuatan dan cth tindakan...

...seperti para huffaz zaman Rasulullah.

MarBu 8 August 2009 at 14:31  

wslm..
syukran akak..
bukan mudah nak ubah paradigma pemikiran golongan yg sedang menuju ke syurga... mereka ingat dlm prjalanan tu xda langsung raksasa yang mengganggu..
kelalaian golongan ini (huffaz/pelajar fakulti pengajian Islam) menyebabkan musuh2 standing ovation sambil hilai yg kuat..
doakan ana..

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP