Wednesday, 26 August 2009

Kisah Aku dan Si Kupu-kupu

Aku mahu bercerita!
Ini kisah aku
Mengembara bersama-sama si kupu-kupu
Memandang panorama bahagia
Ya, amat bahagia!

Aku melihat dunia mereka
Saling membantu, saling berlagu
Kupu-kupu itu membawaku merantau ke alam nyata
Menjelajah halaman sentosa
Ya, terlalu sentosa!

Aku menyaksikan keteguhan prinsip komuniti mereka
Meskipun hidup di tengah-tengah kejahatan manusia
Kebobrokan kapitalisme

Kemudian,
Aku dibawa meredah samudera, kata kupu-kupu itu
Masya Allah, kotor sungguh sungai-sungai di kota
Semuanya angkara manusia durjana
Ya, maha durjana!

Para kapitalis mencekik darah manusia
Serangga, haiwan dan alam buana
Lagak mereka seolah-olah drakonian di singgahsana
Rakus memperkosa alam sekitar

Seterusnya,
Aku dibawa ke perkampungan kupu-kupu
Sungguh berwarna-warni
Mereka khuduk menjadi makhluk rabbani
Namun, tiba-tiba mereka bertempiaran lari
Seperti sedang memandang hantu dari jeti
Kubertanya kepada kupu-kupu
Mengapa begitu mereka bertingkah laku
Jawab si kupu-kupu:
Kerana dirimu manusia, kaummu merosakkan semua yang ada
Aku menjawab:
Aku sememangnya manusia, yang berbuat fasad itu ialah pencari bala!
Sekian, kisah kembaraku bersama-sama si kupu-kupu

MarBu berfikir,
Awal tengah malam
25 Ogos 2009/ 4 Ramadhan 1430

4 comments:

Hasbi 27 August 2009 at 12:27  

Kupu-kupu meredah samudera.. Hebat kupu-kupu.. Kupu-kupu berjiwa burung..

MarBu 27 August 2009 at 16:30  

hasbi, cuba baca dengan menghayati nilai sastera... 'samudera kupu2' merujuk kepada sungai la.. kupu2 itu kan makhluk yg kecil kan.. ada banyak maksud tersirat dlm puisi ini..

Hasbi 27 August 2009 at 22:40  

Apa salahnya kupu-kupu berjiwa burung? He..Bukan berjiwa tikus..

pengemislaila,  29 August 2009 at 12:40  

aku prnah bersama sang rama-rama,
memasang kepak di kiri kanan,
berekspedisi myusuri alam mega,
tbentang antara gmpalan bebenang putih..

melakar ranum impi bsama sang rama-rama,
menyelinap lembah,
merentasi jurang,
tiap pelosok aku terjah,
bersama ditemani senyum mereka..

di sisi sang rama-rama,
aku dlayan bak sang ratu
tiada sunyi,tiada sepi..

sekali,
sang rama-rama merayu,
bawa mereka ke duniaku,
terus aku kelu,
seraya pulangkan kepak pnjaman..

maaf ku pinta duhai sang rama-rama,
bukanku tidak mahu tapi malu menebal,
duniaku penuh mitos misteri,
kubimbang,kepakmu kan carik
koyak rabak,tinggal perca..

sang rama-rama,
tiada sanggup kulihat
dirimu t'oleng-oleng disini..

lantas kuputus,
teruskan kamu setia di duniamu,
biarku pulang ke duniaku,

walau aku dan mereka bahagia bsama..

bukanku tak pantas,
tapi rentak tariku dan sang rama-rama,
tiada sama,besar beda..

~kisah aku dan sang rama-rama~

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP