Wednesday, 19 August 2009

Mahu Sahaja Ku ke Langit Biru

Aku mahu bercanda di atas langit biru
Jauh dari keributan manusia yang tak tahu malu
Mencari ketenangan, menjinakkan kalbu
Mengubati hati yang bertambah pilu
Menyiram iman yang makin lesu
Menikam nafsu yang makin berlagu

Atau,

Aku mahu beredar dahulu
Ku tak sanggup melihat babak-babak tragis terus bertamu
Babak-babak manis pula terus berkata, “tunggu dulu”
Sabarku pula sudah terhambat hingga ke hulu
Terasa jiwa cekalku sedang direnggut kasar oleh sang guru

Tapi,

Himpunan dosaku sudah berbuku-buku
Walhal amalku hanya menumpang lalu
Aksi seterusnya tiada kutahu
Sama ada hitam, putih ataupun kelabu
Hanya Dia yang maha tahu

Lalu,

Kukirimkan jawapan kepada langit biru
Aku akan terus begini dan di sini
Merawat luka dan mencipta suka
Demi Islam yang satu

MarBu ke langit biru,
Rabu/19 Ogos 09

2 comments:

pengemislaila 23 August 2009 at 10:00  

langit biru
mengusik getar sukma
menjadi tatapan, menggenggam atma
merangkul nubari, mencengkam nurani
mengetuk indah ritma alam
sarat dengan atrikulasi maknawi.

langit biru
bakal dipaut, bakal ditakluk
walau tertunduk, walau terngadah
bersama sorakan awan memutih indah
bersama teriakan hujan merintik mesra
bersama dingin bayu menghembus halus
bersama angin pawana berpuput lembut.

~namun langit biruku tidak selalu membiru..
diselangi langit kelabu
kadang bertukar hitam pekat~

MarBu 26 August 2009 at 14:13  

nak berbalas ker...hehe
ana dah x jadi nak ke langit biru.. ada org x bagi.. kata dia, biar sama adil...

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP