Friday, 9 April 2010

Saya Huffaz progresif!

Tulisan ini bertujuan memberi respon terhadap beberapa pandangan sinikal daripada pihak-pihak tertentu terhadap pelajar yang membuat pengkhususan dalam bidang agama. Saya tidak menulis artikel ini untuk sekadar menyebut-nyebut kebaikan diri. Selamat membaca dan membuat kritikan.

_____________________________________________________________________________________

Saya merupakan seorang penuntut di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Kubu Bharu yang terletak di Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Sejak di alam sekolah menengah, terutamanya ketika di tingkatan lima, saya berminat untuk menyambung dalam bidang Syariah dan akhirnya saya melakukannya di Darul Quran iaitu dengan melanjutkan pengajian dalam bidang Tahfiz dan Syariah. Saya tidak segan untuk mengaku bahawa saya merupakan salah seorang pelajar di sini walaupun Darul Quran mungkin tidak semasyhur institut pengajian lain di bumi Malaysia. Malahan ada yang sinikal terhadap pelajar dalam bidang agama, tapi saya tidak tergugat untuk terus melangkah sebagai seorang pelajar tahfiz yang progresif.

Ya, saya seorang huffaz yang progresif dan bukannya sebagaimana yang dilabelkan oleh segelintir manusia penghidap inferiority complex bahawa pelajar dalam bidang agama kebiasaannya agak tertutup mindanya, tidak peka isu-isu semasa dan tidak mempunyai masa depan untuk bersama-sama massa dalam mengharungi kehidupan pada era yang sangat moden ini. Maaf, saya tidak sebagaimana sangkaan nakal yang bersarang dalam kepala mereka. Bahkan, saya sangat benci dengan mentality berkudis dan berkurap yang sesetengah mereka miliki.

Saya mempelajari ilmu-ilmu agama dan dalam masa yang sama saya sangat berminat mengikuti perkembangan dalam bidang yang menjadi teras kepada pemasalahan yang sedang wujud pada hari ini seperti isu-isu pendidikan dan pemikiran. Status saya sebagai penghafal al Quran amat menguntungkan apabila banyak isu-isu yang sedang mengaum pada hari ini sudah dijelaskan dengan baik dalam al Quran dan saya tidak menghadapi banyak kesukaran dalam memahami isu-isu tersebut dari kaca mata seorang mukmin. Kadang-kadang, saya membuka tafsir Syed Qutb, Said Hawa, Abuya Hamka dan beberapa kitab tafsir yang ditulis oleh para ulama yang lain dalam mencari hujah dan dalil untuk sesuatu isu.

Namun demikian, saya juga cuba memahami pandangan-pandangan para sarjana yang terkenal sama ada daripada Islam ataupun Barat. Sebagai contoh, saya cuba memahami idea daripada Francis Fukuyama (penulis The End of History) yang sangat kuat khayalannya dengan keutuhan system demokrasi secular liberal, Samuel Huntington (penulis The Clash of Civilization) yang mana bukunya menjadi rujukan para pembuat dasar Amerika terhadap dunia Islam khususnya, John Hick dengan falsafah pluralismenya yang menjadi pegangan kebanyakan penganut fahaman Islam liberal dan pluralisme agama. Ada lagi nama-nama sarjana Barat yang saya tidak nyatakan di sini tetapi menjadi pemerhatian saya dalam membuat kajian terhadap sesuatu isu. Adapun para sarjana Islam seperti Muhammad al Ghazali yang sangat genius, al Qaradhawi dan sebagainya, sudah tentu menjadi pilihan utama saya.

Saya teringat sewaktu berdiskusi bersama seorang pimpinan Persatuan Ulama Malaysia dan aktivis Sahabat Alam Malaysia (SAM), beliau menyuarakan nada terkejut apabila mengetahui saya merupakan seorang penghafal kitab Allah dari Darul Quran. Beliau agak terkejut kerana mendengar saya berbicara mengenai libertarianisme, kapitalisme dan perihal hegemoni dalam diskusi tersebut. Kenapa mesti terkejut, adakah beliau juga menyimpan pandangan serong terhadap manusia yang mempelajari agama seperti saya dan rakan-rakan? Jangan begitu, tapi pandang seronglah terhadap segelintir manusia yang nampak hebat hanya pada luaran tetapi menghidap krisis identity yang teruk, hanya membaca bahan bacaan yang picisan dan hidupnya untuk berhibur sahaja.

Saya juga sangat berminat dan cakna dengan isu-isu tentang alam sekitar. Isu yang sepatutnya dijuarai oleh umat Islam ini seolah-olah menjadi terasing dari kalangan umat, termasuk oleh pihak yang mendakwa mereka lebih ‘mulia dan maju’ daripada kami, para penghafal al Quran. Setelah membaca buku karangan MS Anuar Mahmod (Pegawai Senior Sahabat Alam Malaysia/ Penyelidik persatuan Pengguna Pulau Pinang) yang bertajuk ‘Suara-suara Terpendam’, saya yang ‘mundur’ ini menghubungi Cikgu Azmi (Pengerusi Teras) dan menyatakan minat untuk berpartisipasi dalam isu ini dan Cikgu Azmi memberi nombor Saudara Nizam untuk dihubungi sebagai langkah untuk menganggotai Sahabat Alam Malaysia demi memperjuangkan isu alam sekitar yang sememangnya sangat jarang diperjuangkan oleh para pendakwah dan pejuang Islam kita. Saya tidak tahu mengapa.

Saya agak kurang senang apabila ada seorang dua penceramah yang datang menyampaikan syarahan beliau kepada pelajar di Darul Quran seolah-olah memandang sinis terhadap kami. Terutama dalam isu bahasa Inggeris dan kepekaan kami terhadap isu-isu semasa. Barangkali, beliau menganggap bahasa Inggeris terlalu asing dengan kami dan kami pula hanya memberi tumpuan terhadap al Quran dan tidak menghiraukan isu-isu semasa. Sungguh naïf pandangannya, padahal semua menyedari bahawa sekarang merupakan zaman teknologi dan mustahil kami yang sedang berada di sebuah negeri paling maju di Malaysia tidak menyedari arus kemodenan yang sedang pesat berlaku.

Nampaknya, saya ada bukti yang saya ni merupakan seorang huffaz progresif, bukannya jumud dan terkebelakang sebagaimana yang difikirkan mereka. Dengan izin Allah, baru-baru ini secara rasminya saya terlibat secara langsung dalam mengkaji dan mengkritik system pendidikan di Malaysia ini apabila saya telah menjadi salah seorang penggerak kepada Institut Pemikiran dan Pendidikan Islam Nasional (IPPIN) bersama-sama sahabat-sahabat yang lain. Untuk pengetahuan anda, bukan mudah untuk pihak kami mencari jiwa-jiwa yang peka dengan isu teras ini, walaupun dari sebuah institusi pendidikan yang tampak gah. Pada mulanya, saya menolak tawaran jawatan daripada IPPIN, tapi akhirnya saya akur dan menerima dengan rela hati meskipun saya pasti akan bertambah dari sudut gerak kerja dan hal berkaitan.

Dalam keghairahan saya meraikan semangat muda dan keazaman terhadap keilmuan, saya tidak lupa untuk menekuni ilmu-ilmu wajib kepada seorang Muslim seperti ilmu akidah, syariah dan akhlak. Status diri sebagai seorang ahli gerakan Islam juga menyebabkan saya tidak mengetepikan manhaj tarbiah harakiah dan perjuangan Islam dan meneruskan langkah. Saya memohon kepada Allah supaya dipelihara daripada sebarang kejahatan, maksiat dan penyakit hati dan berupaya memartabatkan Islam di tempat yang selayaknya.

Saya membuat tulisan ini bertujuan untuk memberi respon terhadap kekacauan pemikiran sesetengah pihak yang memandang skeptical dan sinikal terhadap pelajar-pelajar agama. Sebelum terlupa, kepada adik-adik yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama termasuk tawaran dari Darul Quran, jangan ragu-ragu untuk menerimanya. Tugas anda untuk membersihkan pandangan manusia lain terhadap institusi ini, mereka yang di luar hanya pandai memandang lekeh sahaja kepada para pelajar agama. Dengan penuh tawadhuk dan merendah diri, saya Marwan Bukhari insyaAllah merupakan seorang huffaz progresif! Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang lain.

7 comments:

Hasbi 9 April 2010 at 21:26  

Setuju dengan pandangan artikel kali ini. Masalah yang berlaku adalah masalah berpersepsi, yang telah sebati dalam kepala otak masyarakat.
Kami, golongan yang memerlukan golongan seperti entum, menjadi pemimpin kami. Bukan lagi golongan sekular dan liberal.

hasanhusaini 9 April 2010 at 21:50  

salam adindaku...andai benar sejelas ini matlamat jalan juangmu, maka na akan menjadi orang yang pertama menghuurkan tangan untuk berjalan seiringan...jangan sedih dengan ercaan, jangan lemah dengan cabaran..jangan jemu dengan ulangan dan ritual..kerana kita umat luar biasa...cuma jangan lupa untu memasang sedikit penapis hikmah pada akal dan kata...seer ala baraktillah...:-)

~::sya_mujahidah::~ 14 April 2010 at 22:02  

erm, sy setuju dgn sudut pandangan senior dlm post kali ni... org ramai memandang golongan cam kita ni dgn sblah mate jer, walhal diorg lagi terkebelakang di sebalik topeng 'berkaliber' kononnya..
erm, hari tu saya dapat interview Darul Quran kat Kuala Kubu Bharu... sy mmg nk masuk sgt2..but x tau lah dpt ke,x?hhu..
sy rase sy trnmpk senoir time tu,but x cam sgt plak..huhu

Darul Fikri,  18 April 2010 at 08:28  

Bagus artikel kali ini.

Bagus cita2 dalam post kali ini.

Tetapi saya tidak menyalahkan mereka yang mengutuk

golongan kita. Cuba kita melihat ke belakang, melihat

jejak yang pernah ditinggalkan kita.

Dahulu, kita ditindas, ada kalangan kita yang awalnya

berkorban segenap jiwa raga, ada yang jauh dari merdeka,

ada menjadi pelarian mendapat suaka.

Alhamdulillah, kita yang membawa seruan suci ini, dapat

merasai kegemilangan mentadbir dunia.

Namun kita kecundang, dan sekarang, hari ini, ada kita

yang kembali bangkit. Ada kawasan2, jajahan2, wilayah2

yang kita kuasai kembali. Ada yang tidak.

Saya tidak mahu menyalahkan mereka kerana tidak menerima

seruan suci ini.
Sebaliknya mahu menyalahkan kita. Kerana kitalah mereka

begitu. Kerana perangai kitalah, kita sendiri terpalit.

Ada kalangan kita yang berjalannya bongkak.
Ada kalangan kita muamalatnya sombong.
Ada kalangan kita ceramahnya, kata2nya mencaci dan

memaki.

Jadi jangan marahkan mereka jika mereka tidak memilih

kita.

Ada kalangan kita galak melaksanakan siyasi, sedangkan

tarbiyyah2 mudah tidak di amalkan.

"Adapun hamba2 Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah

orang2 yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan

apabila orang2 bodoh menyapa mereka ( dengan kata2

menghina) mereka mengucapkan 'SALAAM'"
(al-Furqon 25:63)

Daripada aayt ini, dapat difahami bahawa, kita sebagai

kita yang membawa kitab suci ini mestilah merendah diri,

berlemah lembut walaupun kita di caci maki.

Lihatlah pada peristiwa Thaif. Bilamana ditawarkan oleh

Malaikat untuk menghempap mereka yang ingkar itu dengan

gunung. Rasulullah menolak dengan memberitahu supaya

bersabar, kerana mereka masih belum mengetahui.

Tetapi da'ie2 hari ini, terutama yang menggalas beban

siyasi, tiada langsung sifat positf, apa yang ada hanya

mencaci, memaki. Mereka tidak pula sibuk membetulkan

Aqidah, Ibadah dan Akhlak. Ini kerana mereka sendiri

kabur akan Aqidah diperjuangkan, masih gagal

melaksanakan Ibadah dalam konteks yang sebenar dan

kurangnya Akhlak mereka dalam muamalat.

Jadi jangan marah atau melenting jika kita akan ditolak

daripada diberi mandat.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua amnya, dan kepada

moderator khususnya. Kita dalam berdakwah, perkara

luaran yang pertama sekali diambil kira oleh yang di

dakwah. Itulah akhlak, jika baik akhlak kita, baiklah

penerimaan terhadap kita.

Perbetulkan muamalat, berlemah lembutlah, merendah diri

lah, jangan jadikan sombong dah bangga diri itu

keutamaan kerana....

"Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan

Akhlak"

Berlemah lembutlah, merendah dirilah.

Anonymous,  18 April 2010 at 09:30  

Ye,kite hrus menepis tanggapan sinis..
da lame r
ana huffaz progresif gak!

Anonymous,  18 April 2010 at 14:04  

Assalamulaikum Dik,
Ada satu soalan nk akak ajukan..
Ape kebenarannyer dlm statement dibawah?

"Islam skrg ni dah maju, hukum2 hakam nyer kene sesuai dgn zaman skrg ni"

personally akak xsetuju, tp mmg ade yg beranggapan mcm tu, buleh tolg hujahkan tuk pengetahuan akak dan sabahat2 lain...

Anonymous,  27 April 2010 at 15:40  

bg golongan yg suka memandang rendah kpd golongan agama;bacalah sedikit renungan dr ustaz hasrizal.yg bijak pandai xsudi mendalami agama,anggap bidang sains shj yg hebat.maka pelajar-pelajar lemah akhirnya yg jd ustaz ustzh,dan sukar diterima oleh masyarakat sbg pemimpin.kalau benar kita suka sgt pandang rendah kpd org agama,kita sndri la yg offerkan ank2 kita yg bijak dan berkaliber utk jd pemimpin agama.

org agama pula: stuju dgn pendapat darul fikri.mereka yg di luar sna bnyk melakukan kesalahan kerana kejahilan dn suasana.tp org yg ada ilmu bergegar menempelak silap org lain,walhal salah sendiri jarang nk muhasabah.hakikatnya mmg kita xblh nafikan..agamawan bersifat menghukum,melabel2,membanding2 tanpa berfikir latar blkg mad'u bagaimana.apatah lg yg rasa sudah selamat dgn ketinggian ilmu dn mengabaikan perkara2 kecil yg menjadi perhatian dlm kehidupan seharian.

profesionalkan golongan ulamak; ulamakkan golongan profesional.

Allahua'lam.sy insan yg sgt dhaif dn naif~

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP