Friday, 25 February 2011

Kreativiti dalam Dakwah di Masjid: Perkongsian santai

Sekadar catatan santai dan ringkas, pada kali ini saya mahu berkongsi satu perbincangan dan pertukaran idea antara saya dan al-Fadhil Ustaz Hasrizal Jamil di ruangan facebook saya. Perbincangan ini berkisar mengenai masjid dan peranannya, selain kritikan ringkas daripada saya berkenaan masalah masjid yang seolah-olah tidak mesra anak muda.

Saya meletakkan status:

setiap kali saya melihat iklan majlis ceramah/forum sempena hari kebesaran Islam (maulid/israk mikraj/etc), saya akan m'gelengkan kepala.. sambil terfikir, dah takde program lain ke?Tanpa menafikan usaha mereka sudah tentu besar di sisi Allah,kebimbangan saya betapa anak m...uda makin tak mesra dgn masjid tetap menebal..

Ustaz Hasrizal memberi respon:

Saya rasa, adalah terlalu awal untuk berkata "tak ada program lain ke?" hanya dengan melihat iklan program. Tetapi setelah mendengar apa yang disampaikan, barulah sesuai untuk berkata "takde benda lain ke nak cerita?" Pengulangan program itu konsisten dengan firman Allah وذكرهم بأيام الله , namun cabaran yang tinggal ialah pada isi dan pendekatannya. Saya sudah mengulang ceramah program yang sama tidak kurang daripada 15 tahun, namun sentiasa bertemu dimensi baru yang boleh / perlu diperkatakan.

(dalam komentar ini, saya melihat Ustaz Hasrizal mempunyai niat yang baik, namun barangkali beliau tersilap faham mengenai kritikan saya di atas)

Saya merespon:

terima kasih ustaz, saya sangat hargai.

cuma, saya masih membayangkan sekiranya masjid membuat sambuatn tersebut dgn aktiviti bbq di perkarangan masjid.. "tazkirah disediakan".. tazkirah dalam 15 minit yg ringkas n padat, namun iklan membesarkan aktiviti bbq tersebut..

ataupun, masjid membuat tayangan filem yg ada nilai islami, termasuklah seperti laskar pelangi dan sewaktu dgnnya. then, ada ulasan ringkas drpd penceramah jemputan..

ataupun, makan malam perdana, yg menyediakan video klip ringkas dan muhasabah selama 15minit..

atau, hari keluarga yg diadakan di perkarangan masjid. Antara aktiviti dicadangkan, sukaneka anak2, sukaneka, suami isteri, rawatan percuma (seperti darus syifa'), futsal (bagi masjid yg sudah ada gelanggang) dan sukan2 yg berkaitan dan berpadanan. Malah, boleh dibuat pertandingan karaoke di tempat khas, dgn syarat2 tertentu.

anyway, saya mengajukan cadangan sahaja, sebab melihat hanya orang tua sahaja yg komited dgn masjid, ataupun, hanya orang yg benar2 meminati masjid sahaja.. frankly, saya juga tegar menghadiri kuliah2 dan majlis2 tersebut, karena ilmu dan penceramah yg didatangkan sgt hebat. Namun, dalam masa yg sama, saya berfikir sampai bila hal ini akan berterusan, yakni program kita yg kurang mesra anak muda.

program2 yg saya kritik di atas, sangat wajar dikekalkan, malah saya sendiri akan hadir apabila majlis tersebut ada, termasuklah jika dijemput berceramah. Cuma status saya mengajak semua, berfikir untuk membuka cawangan baru dalam dunia dakwah, kenalkan anak muda kpd masjid sahaja dahulu, sebelum mereka mengenali Islam.. kebanyakan program kita pada hari ini, m'perkenalkan mereka kpd Islam dgn tema-tema yg agak berat, menyebabkan mereka sudah hilang minat sedari awal.

dalam masa yg sama, program2 yg berkaitan seperti di atas sangat wajar diteruskan, supaya sasaran dakwah yg "kaki masjid" dapat terus dipegang.

wallahua'lam, saya harap saya tidak hanya berfikir dan membuat komentar, malah saya berani membuktikan dan melaksanakannya, jika diberi ruang. insyaAllah :)



Ustaz Hasrizal membalas sebagaimana berikut:

Saya sudah letih mengeluh. Lalu bertindak. Syarikat saya dilantik sebagai consultant untuk mereka bentuk program menarik remaja ke Masjid Bukit Indah, Ampang. Kami design program di masjid ada kelab fotografi, kelab memanah, usahawan, softw...are design, perpustakaan, melukis komik yang semuanya ada 10 kelab. Termasuk yang paling ekstrim ada kelab Rock Band yang bawa tema Islam khas untuk kelompok paling ganas. Usaha paling susah kami ialah untuk meyakinkan ajk masjid yang ramai dah season. Setelah banyak sesi meeting dan kuliah maghrib, mereka yakin malah berani melakukannya.

Kami lancarkan Kelab Forteen dengan Karnival Forteen. Puas kami bersilat hujah dengan ramai pihak yang mempertikai aktiviti kami terutamanya di kalangan pengunjung dan anak-anak muda berketayap yang konservatif. Tapi setelah membuat program seganas itu pun, semasa Band al-Farabi membuat persembahan di perkarangan masjid, mereka hanya berhenti motor di luar dan enggan masuk ke kawasan masjid walaupun diajak dengan mesra.

Sangka kami, usaha mengubah minda orang tua paling susah. Namun kami dah berjaya bab tu. Tinggal separuh kedua iaitu mengubah minda orang muda. Kami belum mengalah kerana perjalanan baru bermula.

Namun jangan kita simplistik menganggap bahawa anak muda tidak ke masjid semata-mata kerana masjid tidak mesra anak muda. Setelah masjid mesra anak muda, mungkin mereka terpaksa mencari alasan lain pula untuk menyalahkan ketidak hadiran mereka ke masjid. Ia membenarkan firman Allah bahawa hanya yang benar-benar beriman sahaja akan memakmurkan rumah Allah. Maka kita kena dakwah di rumah, kepada mak bapak dan guru serta anak remaja itu di luar masjid supaya mereka boleh terbuka hati mahu ke masjid yang sudah lama bersedia untuk menyambut mereka.

.....................................................................................

Ada beberapa respon lain, namun tidak melibatkan antara kami berdua selain hanya menyokong dan memberi respon ringkas berkenaan perboncangan kami.

Kesimpulan

1) Berhadapan dengan kaum tua (konservatisme)

"Puas kami bersilat hujah dengan ramai pihak yang mempertikai aktiviti kami terutamanya di kalangan pengunjung dan anak-anak muda berketayap yang konservatif. Tapi setelah membuat program seganas itu pun, semasa Band al-Farabi membuat persembahan di perkarangan masjid, mereka hanya berhenti motor di luar dan enggan masuk ke kawasan masjid walaupun diajak dengan mesra."

Saya tersenyum, kerana ini bagi saya merupakan situasi yang biasa berlaku. Yakni keadaan golongan tua yang barangkali ikhlas, namun seolah-olah tersilap konsep antara prinsip dan fleksibel (fiqh dakwah/keluasan dalam berdakwah)

2) Berhadapan dengan orang muda yang berminda tua

"Sangka kami, usaha mengubah minda orang tua paling susah. Namun kami dah berjaya bab tu. Tinggal separuh kedua iaitu mengubah minda orang muda. Kami belum mengalah kerana perjalanan baru bermula."

Kenyataan Ustaz hasrizal ini sememangnya membuat saya keanehan, sebagaimana telah diluahkan oleh saya dalam tulisan sebelum ini berkenaan orang muda yang berminda tua. (klik sini)

3) Teruskan seperti biasa, selain tambahkan kreativiti dalam mendekati anak muda.

berikut pandangan saya sebagaimana di atas:

"anyway, saya mengajukan cadangan sahaja, sebab melihat hanya orang tua sahaja yg komited dgn masjid, ataupun, hanya orang yg benar2 meminati masjid sahaja.. frankly, saya juga tegar menghadiri kuliah2 dan majlis2 tersebut, karena ilmu dan penceramah yg didatangkan sgt hebat. Namun, dalam masa yg sama, saya berfikir sampai bila hal ini akan berterusan, yakni program kita yg kurang mesra anak muda.

program2 yg saya kritik di atas, sangat wajar dikekalkan, malah saya sendiri akan hadir apabila majlis tersebut ada, termasuklah jika dijemput berceramah. Cuma status saya mengajak semua, berfikir untuk membuka cawangan baru dalam dunia dakwah, kenalkan anak muda kpd masjid sahaja dahulu, sebelum mereka mengenali Islam.. kebanyakan program kita pada hari ini, m'perkenalkan mereka kpd Islam dgn tema-tema yg agak berat, menyebabkan mereka sudah hilang minat sedari awal."

dan kami berkongsi pandangan ini apabila Ustaz hasrizal menyatakan komentar beliau:

Namun jangan kita simplistik menganggap bahawa anak muda tidak ke masjid semata-mata kerana masjid tidak mesra anak muda. Setelah masjid mesra anak muda, mungkin mereka terpaksa mencari alasan lain pula untuk menyalahkan ketidak hadiran mereka ke masjid. Ia membenarkan firman Allah bahawa hanya yang benar-benar beriman sahaja akan memakmurkan rumah Allah. Maka kita kena dakwah di rumah, kepada mak bapak dan guru serta anak remaja itu di luar masjid supaya mereka boleh terbuka hati mahu ke masjid yang sudah lama bersedia untuk menyambut mereka.

Dan kesimpulan terakhir itu juga wajar dinilai dan dimuhasabah dengan sebaiknya, apa kata anda?

Baca juga:

Urus Masjid: Orang Lama, Izinkan Orang Muda Tumpang Lalu

2 comments:

faiq zaini 25 February 2011 at 22:23  

adakah berkesan sekiranya..
cara org lama, pendekatan org muda?

bkongsi pendapat.

NM,  4 April 2011 at 18:47  

wajibkan sstengah progrm d masjid. ini yg boleh dlaksanakn d dlm kmpus dan bnyk tlah dlaksanaka,maka teruskan. contoh wktu ta'aruf week-semua dwajibkn ikut sesi tertentu yg mggunakan ruang masjid- pada org2 yg dberi hdayah ktika itu, lantas tertaut hati mereka pada msjid

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP