Monday, 19 September 2011

Mengimbau Kisah Erdogan Satu Dekad Dahulu

"Kebanyakan aktivis Islam (islamiyyun/islamists) masih mengingati satu muktamar yang diadakan 10 tahun lalu di Istanbul. Pemimpin-pemimpin dari parti-parti Islam ditanya mengenai apakah yg mereka angankan (cita-citakan) pada masa akan datang. Maka berkata sebahagian daripada mereka "membebaskan palestin" (tahrir Palestin), sebahagian yang lain pula bercakap tentang (keazaman) menjatuhkan rejim yg kaafir, sementara yang ketiga pula mahu memerangi sekular dan atheisme. Adapun Erdogan yg mana pada waktu itu merupakan seorang Datuk bandar di Istanbul berkata bahawa dia bercita-cita utk mengurangkan sampah sarap di bandarnya dan meningkatkan (memperbaik) khidmatnya sbg Datuk Bandar. maka bermulalah perjalanannya pada apa yg kita tak fikirkan dan beliau sampai ke arah yg dia impikan itu."

Tulisan di atas merupakan terjemahan daripada sebuah artikel Arab yg dipetik dari laman ini. Saya memilih dan tertarik untuk menterjemah bahagian ini memandangkan tersirat satu pengajaran yang penting dalam peristiwa tersebut, bahawasanya kumpulan Islamists sangat cenderung dan sentiasa menghiasi wacana mereka dengan utopia dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sehingga sekarang, masih banyak Islamist yang tidak menyantuni real politik sebagai sebahagian silibus mereka, masih indah dengan pelbagai slogan dan laungan angan-angan berbanding menyediakan alternatif semasa dan realiti. Lihatlah bagaimana Erdogan memulakan perjalanannya sebelum sampai ke tahap sebagaimana pada hari ini, beliau mungkin datang dari rahim gerakan islam yang sama sebagaimana peserta-peserta muktamar tersebut, namun teori dan praktikal yang diyakini beliau jauh berbeda dan ke hadapan berbanding teman-teman seangkatannya yang lain.

Barangkali sebahagian Islamists terlalu berlebihan dalam hal jenama, namun kontang isi. Tidak mahu mengulas panjang karena sebahagian besar point yang berkaitan isu ini telah saya sentuh di blog saya di sini.

Salam perobahan dan semoga bermanfaat.

0 comments:

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP