Friday, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia

Malaysia merupakan milik semua rakyat sama ada (beragama) Islam, Kristian, Hindu, Buddha, atau (berbangsa) Melayu, Cina, India, orang Asal dan lain-lain. Tanpa mengira sama ada majoriti atau minoriti, kaya atau miskin, dari pelbagai latar sosial dan budaya. Seorang pengarah syarikat tiada bedanya dengan seorang penjual sayur dalam soal kewarganegaraan, begitu juga seorang ulama, sami dan paderi tiada beda dengan penagih dadah, penghidap virus HIV/AIDS dan pengamal seks bebas. Isu perbedaan dan klasifikasi mereka (dalam hal-hal tertentu) berada dalam perbincangan lain, namun kesepakatannya ialah semua berada dalam negara yang sama, mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama di bawah satu payung negara bernama Malaysia. Bersatu dalam kepelbagaian, pluraliti dan kemajmukan. Ini merupakan kefahaman yang saya yakini.

Pemikiran satu kewarganeraan dan satu umat pernah digazetkan oleh Nabi Muhammad saw dalam piagam Madinah, beliau menggelarnya sebagai satu umat yakni umat Madinah. Madinah yang dianggotai pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan bersatu dalam satu negara dan dijelaskan tanggungjawab dan hak masing-masing menerusi 47 fasal. Kebebasan beragama, kesamarataan, keadilan sosial dan saling mempertahankan kedaulatan negara menjadi antara tema utama piagam tersebut. Piagam ini berjalan, hinggalah dicabuli oleh kaum yang khianat.

Maka selaku seorang warganegara, saya berpandangan bahawa apabila hilang nikmat demokrasi, keadilan, kesamarataan, kebebasan (berkeyakinan, akademik, berpandangan, dan lain-lain), maka sudah hilang sebahagian besar anggota sebuah jasad bernama negara.

Andai kezaliman, penindasan, fitnah, rasuah dan pecah amanah, kronisme nepotisme, dihalang hak beragama dan menyebarkan agama, maka pada waktu inilah terpakainya kata-kata ini, "Rebellion to tyrants is obedience to God." - Thomas Jefferson

Mari menjadi patriot dengan menegakkan rukun keadilan dalam negara.

Selamah Hari Malaysia!

Marwan Bukhari

3 comments:

abu idris 17 September 2011 at 00:23  

arrayah.info - Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

Kamarul Adli Bachek 17 September 2011 at 18:15  

akhirnya saudara mnegmaskinikan blog! mengapa begitu lama biarkan ianya bersawang? =D

sering ternanti-nanti tulisan terbaru kamu. Selamat Hari Malaysia!

Marwan Bukhari 18 September 2011 at 04:32  

Kamarul:

Terima kasih sdr, tiada alasan lain selain bertangguh n (beralasan) mahu menumpukan kepada pembacaan n aktiviti ilmu (kononnya). Terlalu banyak isu yg saya tertinggal utk mengulasnya walaupun sering bercita-cita utk berkongsi dgn teman2. Terus berjuang, utk Malaysia dan umat. :)

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP