Tuesday, 25 October 2011

Ringkas Mengenai Shaykh Ghannouchi


-Bersama Dr Dzulkefly Ahmad, salah seorang yang memahami gagasan Islamist Democrat yang dilaungkan Ghannouchi di Malaysia.

Kemenangan al-Nahdhah di Tunisia. Selepas ini, mesti akan ada pihak (khasnya di Malaysia) yg mengaitkan ini sbg kebangkitan gerakan Islam seluruh dunia, dan mereka akan justifikasikan Shaykh Ghannouchi sbg ikutan, ini namanya menangguk di air keruh. Kalau benar mahu contohi Ghannouchi, buat perubahan drastik dalam pemikiran politik Islam yg dijadikan pegangan. Ghannouchi sangat terkenal dgn ijtihad-ijtihad politik yg terbuka dan slogan "Islamist democrat" sememangnya wajar dihayati Islamist di Malaysia pada hari ini.

Tatkala gerakan Islam di Malaysia masih bergelut dalam soal moral masyarakat, Ghannoushi sudah lama menekankan bahawa "gerakan Islam bukanlah bertindak sbg polis moral" atau penyibuk urusan peribadi manusia lain. Tatkala Islamist di Malaysia mendesak digubal perlembaagn untuk ditegakkan undang-undang murtad, Ghannoushi sudah lama berkongsi pandangan dgn Taha Jabir Alwani yg menulis pandangan para ulama silam iaitu pembahagian murtad (antara muharabah dan mujarradah / mukhaffafah dan mughallazah) sebagaimana pandangan Qaradhawi, Ramadhan al-Bouti dan ulama yg lain.

Pada Ghannouchi, syura ialah demokrasi dan umat Islam turut bertanggungjawab utk lead democracy sbgmana kumpulan lain melakukannya. Bagi beliau, gerakan Islam "hanyalah salah satu aktor dlm arena demokrasi", justeru mereka hanya perlu bersaing dan membahaskan idea masing-masing, bukannya menutup "wacana tanpa soal" dgn mendakwa mereka membawa kalam Tuhan lantas memaksa orang lain menerima pandangan mereka.

Antara laungan keramat Ghannouchi ialah, "tiada konsep negara agama!", masyarakat sivil mesti dibentuk sbgmana prinsip-prinsip asas dalam democracy. Kewarganegaraan ialah sama, tiada beda antara kewarganegaraan Muslim dan non-Muslim. Kebebasan, kesama rataan dan keadilan mesti diperjuangkan tanpa mengira agama, malah beliau juga menekankan konsep pluraliti dalam bermasyarakat, tiada double standard dalam bermasyarakat.

Ghannouchi, salah satu sosok penting dalam arena politik Islam era moden, sbgmana Turabi, Selim Awa, Affendi, Erdogan, Saadudduin Othmani, Tariq Ramadhan dan lain-lain. Tiba masanya utk pemikiran politik Islam di Malaysia utk dianjak paradigmanya sebagaimana keanjalan konsep politik Islam yg sangat luas peranan ijtihad-ijtihad semasa. Usaha penterjemahan karya-karya mereka mesti dirancakkan sbgmana karya Syed Qutb, Maududi, Mustafa Masyhur dan tokoh-tokoh Ikhwan yg lain telah diterjemahkan dan dijadikan silibus usrah-usrah dan pertemuan kebanyakan Islamists di Malaysia.

Di Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad antara murid Ghannouchi yg berulang kali menyatakan komitmennya sbg Islamist democrat dlm arena democracy. Banyak yg mahu dikongsikan, namun biarlah ini menjadi muqaddimah dan penegasan bahawa sudah masanya gerakan Islam di tanah air berani melakukan perubahan drastik dan ijtihad-ijtihad moden dan menghayati demokrasi, bukan sekadar bertongkat pada democracy lantas kemudian membuangnya apabila diberi ruang memerintah!

Salam reform, Islamist democrat!

MBH, Irbid, Jordan.

0 comments:

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP