Sunday, 18 December 2011

Asalkan Bukan UMNO (ABU)?




1) Saya sangat menghormati ABU untuk bergerak sebagai salah satu kumpulan yang sudah muak dengan pemerintahan UMNO-BN di Malaysia, lebih-lebih lagi ia sangat selari dengan nilai-nilai dalam sebuah negara demokrasi.

2) Tapi beberapa persoalan timbul, adakah semua calon dari UMNO terlalu teruk? Sementara itu, adakah calon Pakatan Rakyat semuanya berkredibilti dan boleh diharap? (sudah ada beberapa laporan sebelum ini yg mendedahkan sikap negatif segelintir YB PR, sekalipun YB-YB PR setakat ini jauh lebih menampakkan kebaikan berbanding UMNO-BN.)

3) Antara pandangan Tuan Guru Nik Abd Aziz (TGNA) yang saya masih belum boleh terima ialah "undi Pas dapat pahala, undi UMNO dapat dosa", sambil menghormati keilmuan TGNA dan kezuhudan beliau dalam memerintah Kelantan, tapi pandangan sebegitu masih boleh didebatkan sekiranya kita melihat pilihanraya sebagai medan memilih pemimpin berkaliber, bukannya diterima bulat-bulat (bahkan DrMAZA dan Dr Mahmood Zuhdi mempunyai pandangan yg berbeda dengan TGNA dalam hal ini). Kebiasaannya pandangan tersebut akan tersebar menjelang Pilihanraya Raya Umum (PRU) nanti. Saya kira, Lebih baik Pas sibuk menjelaskan dasar-dasar mereka dalam membangunkan negara berbanding sibuk mahu menentukan siapa berpahala dan siapa yg berdosa.

4) Saya membawa contoh, apabila dicalonkan seorang wakil UMNO (contohnya Dato' Saifuddin) bertanding dalam PRU 13, sementara seorang lagi calon PR dikenali agak lemah dalam kepemimpinan (tanpa nama), adakah kita mahu memilih yg boleh berkhidmat atau menerusi simbol parti sahaja? (Persoalan ini pernah dibangkitkan DrMAZA dalam bukunya "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda")

5) Saya lebih gemarkan pendekatan Bersih 2.0 berbanding ABU. ABU datang untuk mewujudkan masyarakat yang tidak matang dan memilih pemimpin menurut simbol parti semata-mata. Rakyat Malaysia (terutama golongan terpelajar seperti mahasiswa) sepatutnya tidak terpengaruh dengan slogan seperti ini, mereka sewajarnya lebih kerap membincangkan isi-isi sebuah Malaysia yang lebih baik, dan pemimpin yang berkredibiliti,selain kritis dalam berpolitik tanpa taksub terhadap mana-mana parti.

6) Selain membina sebuah negara yang demokratik dan bebas, sewajarnya rakyat yang berpemikiran yang demokratik dan bebas juga diusahakan untuk dibina.

Wallahua'lam.

Marwan Bukhari A. Hamid, Irbid.

1 comments:

naDhi_islamiC 19 December 2011 at 19:55  

salam, artikel yg mnarik.

dlm konteks mbicarakan dalil cth hadith/ayat quran, mustahil kita blh simpulkn ssuatu hnya bdasarkan kefahamn kita atau kfhmn ckp2 org thadap dalil tersebut.

begitu juga dlm pckpn ulama' atau pmimpin.. pernah suatu ketika, negara digemparkan apabila TGAHA bkata bahawa mengumpat dibenarkan dalam ISLAM bahkan tsiar video sbgai bukti kata2nya..

lalu apabila disiasat, rupanya video itu dipotong sekerat tanpa mengambil perckapan blkg kata2 tsebut iaitu " islam mbenarkan mengumpat DALAM BEBERAPA KEADAAN"

-'DALAM BEBERAPA KEADAAN'-tak dimasukkan dalam video tbabit.

begitu juga dlm hal ini,kita perlu lihat konteks knp ayat "undi pas dapat pahala n undi umno dpt dosa" diperkatakan TGNA.
masyarakat awam, sy cthkan org kg stlh mdegar ssuatu pndpt memang biasa utk mgambil pkataan yg 'best' dr pceramah, lalu tsebar dari mulut ke mulut kata2 pmimpin tanpa tsebar hujah/huraian kata2 itu.

Dalam islam, mnyokong yg hak sememangnya mdpat pahala dan mnentang yg batil itu bdosa.. begitu juga dlm mmilih pmimpin, sokong org yg mbenarkan maksiat bdosa(rujuk fatwa,hujah etc)

jadi pd pandangan saya, sekiranya mahu mgulas/myampai kata2 sseorang, sebaiknya merujuk kepada orang itu sendiri-bgaimana konteks ayat itu dikeluarkan-
wallahu'alam

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP