Tuesday, 14 February 2012

Komentar Isu Kashgari



1) Pendirian saya, kebebasan bersuara dan berkeyakinan bukan bermaksud menghina agama lain, atau mana-mana doktrin asas agama lain. Bebas berkata-kata tetap mesti didahului dengan bebas berfikir. Bebas tidak wajar hingga mnceroboh hak dan keyakinan agama lain, kalau tidak bersetuju mesti dengan jalan ilmu dan fakta, bukannya menghina. Justeru kalau benar Kashgari menghina nabi saw, maka beliau telah menceroboh hak orang lain untuk berkeyakinan. Malah Islam sendiri melarang menghina doktrin-doktrin asas agama lain, apatah lagi agama sendiri. Setakat yang saya tahu, di Amerika dan beberapa negara Barat sendiri masih ada undang-undang melarang menghina Jesus. Justeru itu lazim lantaran kesan satu celaan dan penghinaan akan menyebabkan tindak balas, lantas akhirnya boleh merebak kepada pertelingkahan antara agama.

2) Beliau telah meminta maaf dan buat kenyataan terbuka. Tapi sesetengah kumpulan wahabism ekstrem sudah mengumumkan untuk menyambutnya dengan hukuman bunuh! Wajah agama jadi bengis di tangan Saudi (konotasi wahhabism di sini merujuk kepada golongan ekstrem dalam beragama, bukan dinisbahkan kpd Shaykh Muhammad bin Abd Wahab). Cuma negara Monarki Saudi sudah ada banyak isu berhubung ketidakadilan dalam penghukuman sebelum ini, telah diulas oleh ramai tokoh termasuk Tariq Ramadhan. Justeru itu yang dibimbangi ramai pihak.

3)Dalam sejarah Islam, terlalu banyak kisah nabi saw yg mengutamakan dialog, malah baginda akan cuba sedaya mungkin menghindari daripada hukum sebaliknya nilai dan etika. Justeru adanya watak Wahsy yg pernah membunuh singa Allah Hamzah bin Abi Talib dlm perang Uhud, Wahsy bertaubat dan beliau dimaafkan. Hindun, Umar al-Khattab, Abu Sufyan dan banyak lagi watak turut wujud. Rahmat Allah luas, tapi di tangan Saudi, jadi sempit sesempit pemikiran wahhabism ekstrem mereka! Sedangkan isu penyelewengan dan perebutan kuasa dalam kalangan raja-raja mereka belum selesai.

4) Tentang kebebasan beragama dan hukuman murtad, boleh baca pandangan ulama seperti al-Qaradhawi, Muhammad Taher Ibn 'Asyur, Taha Jabir al-'Alwani, Ramadhan al-Bouti, Jamal Badawi, Jasser Auda dan sebagainya yang mempunyai pandangan berbeda berhubung isu ini. Perbincangan fiqh dalam isu murtad masih terbuka dan luas, tidak memadai kita terus menerus satu hala dalam pandangan fiqh berhubung isu ini - sambil kita menghormati perbedaan pendapat. Dan saya yakin hukuman dalam Islam adalah "nakaalan min Allah" - satu bentuk pendidikan dan berteraskan nilai daripada Allah- , bukannya semata-mata untuk menghukum.

5) Ini keyakinan dan pendirian saya, saya berlepas diri daripada sebarang pandangan individu, NGO atau mana-mana pihak yg bercanggah dengan keyakinan saya di atas, sambil menghormati pandangan mereka.

Wallahua'lam

1 comments:

Anonymous,  20 February 2012 at 10:33  

slm.bro,
-aku igt kau dr dulu lagi sbg org yang berfahaman terbuka,liberal dn moden tp berfikirn islamik.

-dn sepatutnye bile ko dhfhmn cmtu,ko xblh berpihak kpd mane2 pihak.phm x mksd ak?

-dlm isu ni ko dh menyebut prkataan 'wahabi' yg mn aku rase ko x perlu pon sebut..sebut ekstrem dah la

-ini menunjukkn yg ko seolah2 berpihak

-dn wahabi pon ade tafsirn yg pelbagai,lps tu msyrkt pun terkeliru

-jd sblm aku label blog ko ni sbg 'blog yg cnderung kpd sblh pihak dn menghina pihak lain dn xberfikir utk kemaslahatn islam',,baik ko hentikanla 'saudis',wahabist la..

-sbb perktaan tu hanye digunekn org berfikirn sempit yg tak berfikir di luar kotak..

-ak bg cnth mudah la,skrg org syria kene tindas kan?tibe2 kuar cite presiden assad org syiah nusairi la,nak bunuh org sunni la dn mcm2 lg..bende tu LANGSUNG xde kaitan..

-mase mubarak tembak rakyat dia ataupun mase gaddafi perang dgn pemberontak haritu,,ade org syiah ckp cmni?;

mubarak ni sunni,sbb tu dia jahat,tembak,bunuh rakyat dia

xde kot???

sbb,,isunye skrg ni adelah kezaliman, pncabuln hak asasi dn pemimpin yg mmbelakangkn agame drpd pemerinthn..

aku xpnh dgr lg mn2 agame dlm dunia ni suruh bunuh org xbersalah..xde rasenye..

ok,ko phmkn ape yg aku ckp ni???
kalo phm,ko reply la sy phm supaya ak tau dn x bersgka buruk lg

-maaf jika trkasar bhs-
nm sy DOL

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP