Surat Sh. Yusuf al-Qaradhawi kepada DSAI, Hadi, PR dan Rakyat Malaysia
*Surat ini saya terjemahkan daripada link ini, sebarang kekurangan mohon dimaafkan dan jika ada pembetulan, dialu-alukan.
Doha: 20 Rabi' al-Akhir 1434
Bersamaan: 2/03/2013
Saudara-saudaraku tercinta di Malaysia yang dikasihi.
Saudaraku Yang Mulia: Tuan Anwar Ibrahim dan saudara-saudara dalam Parti
Keadilan Rakyat (PKR) yang dipelihara oleh Allah.
Saudaraku Yang Mulia: Tuan Shaykh Hj. Abdul Hadi bin Hj Awang dan
saudara-saudara dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipelihara oleh Allah.
Saudara-saudaraku dalam Parti DAP (*pent: disebut dalam surat sebagai
Parti Cina)
Aku mengucapkan salam hormat dengan kehormatan Islam, Assalamu’alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh, seterusnya:
Aku mengambil peluang mengucapkan seindah-indah penghormatan, sebaik-baik
keselamatan dan seikhlas doa kepada Allah swt untuk memimpin urusan kamu semua,
membetulkan kesalahanmu, menguatkanmu untuk menambah dalam melaksanakan
kebaikan dan kebenaran, demi kebaikan Islam dan umat Islam amnya, dan demi
Malaysia khasnya. Dan supaya Dia memelihara mereka (rakyat) menerusi penjagaan dan
perlindungannya, mengurniakan mereka kesejahteraan, membantu mereka dalam
pembangunan dan pertumbuhan dan menyebarkan keadilan sosial.
Saudaraku tercinta,
Sesungguhnya Malaysia mempunyai kedudukan yang besar dalam diri kami,
penduduknya sungguh dicintai dalam hati
dan perasaan kami, dan Malaysia merupakan harapan kami dalam menunjukkan
contoh Islam yang pertengahan (wasatiy), bertamadun, moden dan kontemporari.
Kami mengikuti kebangkitannya sejak ia bermula, kami (juga) mengikuti
perkembangan rakyatnya yang datang dari Malaysia ke al-Azhar as-Shareef. Kami
sentiasa mengikuti perkembangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PAS, pembantu-pembantu seruan (dakwah) kepada Islam dan seruan ke arah pembangunan dan kesejahteraan.
Perpecahan yang berlaku dalam Parti UMNO (United Malays National Organisation),
kejahatan yang melampau dan dikesali sungguh menyakitkan kami. Ia telah menimpa Tuan Anwar Ibrahim, yang pernah menjadi orang kedua di
Malaysia, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan
Perdana Menteri. Kami menghitung di sisi Allah ujian dan pendustaan yang telah
menimpanya, yang terbongkar jua (pendustaan) selepas itu. Demikian Allah
membenarkan apa yang benar dan membatilkan apa yang batil sekalipun dibenci
golongan penjenayah
.
Pada ketika itu, pendirian majoriti rakyat Malaysia menentang kepalsuan
yang jelas dan dusta. Antara mereka ialah PAS yang berpegang dengan kebenaran, berdiri
bersama Parti Keadilan yang dipimpin isteri Anwar Ibrahim, DAP juga telah
bersama-sama kedua-duanya, menentang perbuatan palsu dan segala kebatilan.
Betapa gembira dan lapang dada kami – Islamis di Dunia Arab dan Kesatuan
Ulama Islam Sedunia: akan pendirian Barisan Alternatif (BA) yang saling
menolong atas perkara kebajikan dan ketaqwaan, dan selama-lamanya tidak bersatu
atas dosa dan permusuhan., tegas dalam membina dan tidak meruntuh, bergabung
dan tidak berpecah. BA memberi komitmen membantu Anwar Ibrahim, dan menentang
orang yang menzaliminya secara dusta dan palsu, hingga Allah membantu kebenaran
dan mendedahkan kebatilan kepada semua.
Untuk itu kami sangat gembira dengan barisan ini yang bersatu bersama
Anwar Ibrahim, menjadi pembantu kepadanya dalam pendirian-pendiriannya, mampu
pula berjalan dengan langkah yang tetap dan manhaj yang lurus untuk
merealisasikan objektif-objektif Malaysia yang diberkati, sejak tahun-tahun
yang lalu. Dan barisan ini tidak berundur atau meninggalkan pendirian yang
satu, berterusan atas kerjasama dan kesatuan, bermesyuarat dan bertolong-tolong
sesama mereka. (“Tangan Allah bersama-sama dengan jemaah”) , (“Sesungguhnya
Allah merupakan yang ketiga kepada dua orang yang bekerjasama”), (yang demikian) apabila
kedua-duanya saling bersatu dan saling membantu. Tetapi apabila berselisih atau
berlaku antara mereka apa yang menyelisihi amanah (“syaitan akan berada di
antara kedua-duanya”).
Dari sini kami menekankan ke atasmu kepentingan kesatuan dalam Islam.
Agama ini hakikatnya agama yang meng-Esa-kan Allah dari sudut akidah dan
menyatukan manusia pada tujuan dan amalan. (Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama
kamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah
kamu kepada-Ku. – al-Mukminun : 52), untuk itu Tuhan
menjadikannya suatu kefardhuan syarak – sebagaimana menurut realitinya, ia
sangat penting – berfirman Allah swt (“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama
Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai” – Aali 'Imran : 103), (Dan hendaklah
kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah
kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. – al-Maidah
: 2).
(Seruan untuk bersatu itu ) Sepertimana
al-Quran mengancam dengan sesungguh-sungguhnya daripada perpecahan dan
perselisihan. Allah swt berfirman menerangkan besarnya kesalahan perpecahan; (“Dan janganlah
kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang telah berceri-berai
dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka
keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan
mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” – Aali 'Imran : 105). Berkata Allah taala
menerangkan bahaya di dunia menerusi perpecahan; (“dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang
kekuatan kamu” – al-Anfal : 46) Sabda Nabi
saw: “Janganlah kamu berselisih, sesungguhnya orang sebelum kamu telah
berselisih lalu menjadi binasa.” (Riwayat al-Bukhari)
Atas sebab kefahaman yang besar ini, Nabi Allah
Harun as bersabar atas kaumnya yang menyembah anak lembu, karena takut akan
perpecahan yang mencerai-berai mereka. Firman Allah swt menerusi lisan Harun
as, yang berkata kepada Nabi Musa as: ("Wahai anak ibuku! Janganlah engkau
menarik janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku
takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: engkau telah memecah-belahkan kaum
Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat
pesananku!" – Toha : 94)
Ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi saw di atas (tentang
perpecahan) tidak tersembunyi (pent: wajib diambil berat) ke atas kamu semua,
demikian pengalaman yang dilalui umat-umat yang terdahulu dan umat Islam,
menerusi kesan-kesan kesatuan dan persepakatan, dan akibat-akibat perpecahan
dan perselisihan. Kami hanyalah mahu memberi peringatan yang sentiasa
bermanfaat kepada orang beriman, firman Allah taala; (“Berilah peringatan,
sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman” – adz-Dzariyat
: 55). Kami mahu nasihat yang Rasul kami ajarkan ketika baginda bersabda: “Agama
itu adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya, kepada siapa wahai Rasulullah?
Sabda Nabi saw: Kepada Allah, Rasul-Nya,kitab-Nya, pemimpin-pemimpin dan
umatnya.” – (Riwayat Muslim)
Tiadalah di sana seorang Muslim yang terlebih kecil
(kelayakan) untuk menasihati saudaranya, dan tiada juga seorang Muslim yang
terlebih besar (layaknya) untuk dinasihati.
Kami mengetahui bahawa kejayaan di dunia dan di
akhirat tidak sempurna melainkan menerusi saling berpesan dengan kebenaran dan
kesabaran, sebagaimana firman Allah:
(“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” – al-‘Asr : 1-3)
(“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” – al-‘Asr : 1-3)
Berdasarkan
atas perkara itu, aku menyampaikan kepada kamu semua satu seruan yang ikhlas,
terpancar – demi Allah – daripada hati yang mencintai kamu semua, dengan sokongan-sokongan
syarak dan akal; teruskan atas apa yang kamu telah lakukan, janganlah
kesampingkannya. Bersatulah dan janganlah kamu berselisih, bergabunglah dan
jangan kamu bercerai-berai, saling menguatkan dan jangan saling bertentangan.
Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti bangunan, saling menguatkan sesama
mereka.
Aku
menyeru kamu semua kerana Allah dan kepentingan Islam dan umat Islam, dan
kepentingan Malaysia dengan setiap visinya; supaya kamu menjadi barisan yang
satu, seperti bangunan yang saling memperkuat, selesaikan kemusykilan antara
kamu, saling memahami antara kamu, kamu sedang mewakili masa depan Malaysia
yang bersinar.
Aku
menasihati kamu supaya memelihara perjanjian dan persetujuan yang telah diputuskan
antara kamu, janganlah membatalkannya. Allah swt telah berfirman: (“Wahai
orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”
– al-Maidah : 1) dan firman-Nya lagi: (“dan sempurnakanlah perjanjian (dengan
Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” –
al-Israa : 34)
Aku
menasihati kamu supaya membincangkan masalah-masalah yang tergantung menerusi
badan-badan mesyuarat yang daripada pihak-pihak dalam barisan tersebut (pent:
awalnya Sh. merujuk perkataan “al-Jabhah” barisan sebagai BA, tapi pada perenggan
ini, dimaksudkan PR). Dalam bermesyuarat itu ada kebaikan, “tidak akan rugi
orang yang beristikharah, tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat”,
demikianlah (sifat) RasuluLlah saw, para sahabat dan orang-orang yang beriman. Firman
Allah: (“dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”
– as-Syura : 38) Allah swt memerintahkan nabi-Nya dengan syura: (“dan juga
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan)
itu” – Aali ‘Imran : 159)
Aku
melihat bahawa Anwar Ibrahim menerusi sejarahnya, pengalamannya,
kebijaksanaannya, perjuangannya, kesabarannya, kekuatannya dalam bersabar,
sejak zaman mudanya hingga ke hari ini. Beliau juga dikasihi rakyat Malaysia
daripada dua kelompok – Melayu dan Cina, sangat layak untuk mengepalai kerajaan
dan memimpin negara. Beliau merupakan ahli untuk jawatan tersebut, layak untuk
menunaikan keperluan-keperluan jawatan itu pada saat yang penting ini, untuk pertumbuhan
Malaysia dan membangunkannya pada setiap sudut. Beliaulah yang kamu sepakati
sepanjang zaman lepas dan ke atas tiap-tiap pembantu kebenaran (tanggungjawab) untuk
membantunya, berdiri di sisinya, sehinggal mereka layak mendapat pertolongan
Allah; (“sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya”
– al-Hajj : 40)
Sesungguhnya
aku bersama-sama saudaraku para ulama, mencintai kamu (rakyat Malaysia) dan
mendoakan kepada kamu kemenangan dan pertolongan. Kami menantikan berita-berita
gembira dengan mengumpulkan perkataan, menyatukan barisan dan bersatu-padu dengan
saudara-mara pada waktu terdekat.
Aku
dan saudara-saudaraku berwasiat kepadamu dengan sungguh-sungguh supaya kamu
kekal menjadi pasukan yang satu, bersepakat dalam perkataan, mencintai
saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri dan membenci ke atas orang
lain apa yang ia benci ke atas diri sendiri. Segala kebaikan itu untukmu,
saudara-saudaramu, negerimu dan tiap-tiap orang yang mencintaimu. Jangan benarkan perpecahan memasuki barisan
kamu, tiadalah di belakang perpecahan itu selain daripada kebinasaan dan
kehancuran.
Di
belakang kamu, (adanya) umat Islam di Timur dan Barat, daripada negara Arab dan
bukan Arab, membantu, memuji dan mendoakanmu. Terdahulu, pertolongan daripada
Allah Tabarak wa Ta’ala kepada kamu, pertolongan (ke atas) kamu bersama-sama
bantuan-Nya, tawfiq-Nya dan pembelaan-Nya. (“Dan tiadalah kemenangan itu
melainkan dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
– al-Anfal : 10)
Allah
memberkatimu pada apa yang ada padanya kebaikan, petunjuk dan keberkatan.
Bagimu, rakyatmu dan negaramu, pada agamamu dan (urusan) duniamu. Dia mengumpulkan
perkataanmu atas petunjuk, meluaskan kepadamu rezekimu, menyelamatkan mereka
dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.
"Wahai
Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah
kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama
kami". (al-Kahfi : 10)
Yusuf
al-Qaradhawi,
Pengerusi,
Kesatuan Ulama Islam Sedunia
Read more...