Friday, 26 April 2013

Surat Sh. Yusuf al-Qaradhawi kepada DSAI, Hadi, PR dan Rakyat Malaysia




*Surat ini saya terjemahkan daripada link ini, sebarang kekurangan mohon dimaafkan dan jika ada pembetulan, dialu-alukan.

Doha: 20 Rabi' al-Akhir 1434
Bersamaan: 2/03/2013

Saudara-saudaraku tercinta di Malaysia yang dikasihi.

Saudaraku Yang Mulia: Tuan Anwar Ibrahim dan saudara-saudara dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipelihara oleh Allah.

Saudaraku Yang Mulia: Tuan Shaykh Hj. Abdul Hadi bin Hj Awang dan saudara-saudara dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dipelihara oleh Allah.

Saudara-saudaraku dalam Parti DAP (*pent: disebut dalam surat sebagai Parti Cina)

Aku mengucapkan salam hormat dengan kehormatan Islam, Assalamu’alaykum wa Rahmatullah wa Barakatuh, seterusnya:

Aku mengambil peluang mengucapkan seindah-indah penghormatan, sebaik-baik keselamatan dan seikhlas doa kepada Allah swt untuk memimpin urusan kamu semua, membetulkan kesalahanmu, menguatkanmu untuk menambah dalam melaksanakan kebaikan dan kebenaran, demi kebaikan Islam dan umat Islam amnya, dan demi Malaysia khasnya. Dan supaya Dia memelihara mereka (rakyat) menerusi penjagaan dan perlindungannya, mengurniakan mereka kesejahteraan, membantu mereka dalam pembangunan dan pertumbuhan dan menyebarkan keadilan sosial.

Saudaraku tercinta,

Sesungguhnya Malaysia mempunyai kedudukan yang besar dalam diri kami, penduduknya  sungguh dicintai dalam hati dan perasaan kami, dan Malaysia merupakan harapan kami dalam menunjukkan contoh Islam yang pertengahan (wasatiy), bertamadun, moden dan kontemporari.

Kami mengikuti kebangkitannya sejak ia bermula, kami (juga) mengikuti perkembangan rakyatnya yang datang dari Malaysia ke al-Azhar as-Shareef. Kami sentiasa mengikuti perkembangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PAS, pembantu-pembantu seruan (dakwah) kepada Islam dan seruan ke arah pembangunan dan kesejahteraan.

Perpecahan yang berlaku dalam Parti UMNO (United Malays National Organisation), kejahatan yang melampau dan dikesali sungguh menyakitkan kami. Ia telah menimpa Tuan Anwar Ibrahim, yang pernah menjadi orang kedua di Malaysia, Timbalan Presiden UMNO  dan Timbalan Perdana Menteri. Kami menghitung di sisi Allah ujian dan pendustaan yang telah menimpanya, yang terbongkar jua (pendustaan) selepas itu. Demikian Allah membenarkan apa yang benar dan membatilkan apa yang batil sekalipun dibenci golongan penjenayah
.
Pada ketika itu, pendirian majoriti rakyat Malaysia menentang kepalsuan yang jelas dan dusta. Antara mereka ialah PAS yang berpegang dengan kebenaran, berdiri bersama Parti Keadilan yang dipimpin isteri Anwar Ibrahim, DAP juga telah bersama-sama kedua-duanya, menentang perbuatan palsu dan segala kebatilan.

Betapa gembira dan lapang dada kami – Islamis di Dunia Arab dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia: akan pendirian Barisan Alternatif (BA) yang saling menolong atas perkara kebajikan dan ketaqwaan, dan selama-lamanya tidak bersatu atas dosa dan permusuhan., tegas dalam membina dan tidak meruntuh, bergabung dan tidak berpecah. BA memberi komitmen membantu Anwar Ibrahim, dan menentang orang yang menzaliminya secara dusta dan palsu, hingga Allah membantu kebenaran dan mendedahkan kebatilan kepada semua.

Untuk itu kami sangat gembira dengan barisan ini yang bersatu bersama Anwar Ibrahim, menjadi pembantu kepadanya dalam pendirian-pendiriannya, mampu pula berjalan dengan langkah yang tetap dan manhaj yang lurus untuk merealisasikan objektif-objektif Malaysia yang diberkati, sejak tahun-tahun yang lalu. Dan barisan ini tidak berundur atau meninggalkan pendirian yang satu, berterusan atas kerjasama dan kesatuan, bermesyuarat dan bertolong-tolong sesama mereka. (“Tangan Allah bersama-sama dengan jemaah”) , (“Sesungguhnya Allah merupakan yang ketiga kepada dua orang yang bekerjasama”), (yang demikian) apabila kedua-duanya saling bersatu dan saling membantu. Tetapi apabila berselisih atau berlaku antara mereka apa yang menyelisihi amanah (“syaitan akan berada di antara kedua-duanya”).

Dari sini kami menekankan ke atasmu kepentingan kesatuan dalam Islam. Agama ini hakikatnya agama yang meng-Esa-kan Allah dari sudut akidah dan menyatukan manusia pada tujuan dan amalan. (Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu - agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku. – al-Mukminun : 52), untuk itu Tuhan menjadikannya suatu kefardhuan syarak – sebagaimana menurut realitinya, ia sangat penting – berfirman Allah swt (“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai” – Aali 'Imran : 103), (Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. – al-Maidah : 2).

(Seruan untuk bersatu itu ) Sepertimana al-Quran mengancam dengan sesungguh-sungguhnya daripada perpecahan dan perselisihan. Allah swt berfirman menerangkan besarnya kesalahan perpecahan; (“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” – Aali 'Imran : 105). Berkata Allah taala menerangkan bahaya di dunia menerusi perpecahan; (“dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu” – al-Anfal : 46) Sabda Nabi saw: “Janganlah kamu berselisih, sesungguhnya orang sebelum kamu telah berselisih lalu menjadi binasa.” (Riwayat al-Bukhari)

Atas sebab kefahaman yang besar ini, Nabi Allah Harun as bersabar atas kaumnya yang menyembah anak lembu, karena takut akan perpecahan yang mencerai-berai mereka. Firman Allah swt menerusi lisan Harun as, yang berkata kepada Nabi Musa as: ("Wahai anak ibuku! Janganlah engkau menarik janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" – Toha : 94)

Ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi saw di atas (tentang perpecahan) tidak tersembunyi (pent: wajib diambil berat) ke atas kamu semua, demikian pengalaman yang dilalui umat-umat yang terdahulu dan umat Islam, menerusi kesan-kesan kesatuan dan persepakatan, dan akibat-akibat perpecahan dan perselisihan. Kami hanyalah mahu memberi peringatan yang sentiasa bermanfaat kepada orang beriman, firman Allah taala; (“Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman” – adz-Dzariyat : 55). Kami mahu nasihat yang Rasul kami ajarkan ketika baginda bersabda: “Agama itu adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya, kepada siapa wahai Rasulullah? Sabda Nabi saw: Kepada Allah, Rasul-Nya,kitab-Nya, pemimpin-pemimpin dan umatnya.” – (Riwayat Muslim)

Tiadalah di sana seorang Muslim yang terlebih kecil (kelayakan) untuk menasihati saudaranya, dan tiada juga seorang Muslim yang terlebih besar (layaknya) untuk dinasihati.

Kami mengetahui bahawa kejayaan di dunia dan di akhirat tidak sempurna melainkan menerusi saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran, sebagaimana firman Allah:
(“
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” – al-‘Asr : 1-3)

Berdasarkan atas perkara itu, aku menyampaikan kepada kamu semua satu seruan yang ikhlas, terpancar – demi Allah – daripada hati yang mencintai kamu semua, dengan sokongan-sokongan syarak dan akal; teruskan atas apa yang kamu telah lakukan, janganlah kesampingkannya. Bersatulah dan janganlah kamu berselisih, bergabunglah dan jangan kamu bercerai-berai, saling menguatkan dan jangan saling bertentangan. Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti bangunan, saling menguatkan sesama mereka.

Aku menyeru kamu semua kerana Allah dan kepentingan Islam dan umat Islam, dan kepentingan Malaysia dengan setiap visinya; supaya kamu menjadi barisan yang satu, seperti bangunan yang saling memperkuat, selesaikan kemusykilan antara kamu, saling memahami antara kamu, kamu sedang mewakili masa depan Malaysia yang bersinar.

Aku menasihati kamu supaya memelihara perjanjian dan persetujuan yang telah diputuskan antara kamu, janganlah membatalkannya. Allah swt telah berfirman: (“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.” – al-Maidah : 1) dan firman-Nya lagi: (“dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” – al-Israa : 34)

Aku menasihati kamu supaya membincangkan masalah-masalah yang tergantung menerusi badan-badan mesyuarat yang daripada pihak-pihak dalam barisan tersebut (pent: awalnya Sh. merujuk perkataan “al-Jabhah” barisan sebagai BA, tapi pada perenggan ini, dimaksudkan PR). Dalam bermesyuarat itu ada kebaikan, “tidak akan rugi orang yang beristikharah, tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat”, demikianlah (sifat) RasuluLlah saw, para sahabat dan orang-orang yang beriman. Firman Allah: (“dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka” – as-Syura : 38) Allah swt memerintahkan nabi-Nya dengan syura: (“dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu” – Aali ‘Imran : 159)

Aku melihat bahawa Anwar Ibrahim menerusi sejarahnya, pengalamannya, kebijaksanaannya, perjuangannya, kesabarannya, kekuatannya dalam bersabar, sejak zaman mudanya hingga ke hari ini. Beliau juga dikasihi rakyat Malaysia daripada dua kelompok – Melayu dan Cina, sangat layak untuk mengepalai kerajaan dan memimpin negara. Beliau merupakan ahli untuk jawatan tersebut, layak untuk menunaikan keperluan-keperluan jawatan itu pada saat yang penting ini, untuk pertumbuhan Malaysia dan membangunkannya pada setiap sudut. Beliaulah yang kamu sepakati sepanjang zaman lepas dan ke atas tiap-tiap pembantu kebenaran (tanggungjawab) untuk membantunya, berdiri di sisinya, sehinggal mereka layak mendapat pertolongan Allah; (“sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya” – al-Hajj : 40)

Sesungguhnya aku bersama-sama saudaraku para ulama, mencintai kamu (rakyat Malaysia) dan mendoakan kepada kamu kemenangan dan pertolongan. Kami menantikan berita-berita gembira dengan mengumpulkan perkataan, menyatukan barisan dan bersatu-padu dengan saudara-mara pada waktu terdekat.

Aku dan saudara-saudaraku berwasiat kepadamu dengan sungguh-sungguh supaya kamu kekal menjadi pasukan yang satu, bersepakat dalam perkataan, mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri dan membenci ke atas orang lain apa yang ia benci ke atas diri sendiri. Segala kebaikan itu untukmu, saudara-saudaramu, negerimu dan tiap-tiap orang yang mencintaimu.  Jangan benarkan perpecahan memasuki barisan kamu, tiadalah di belakang perpecahan itu selain daripada kebinasaan dan kehancuran.

Di belakang kamu, (adanya) umat Islam di Timur dan Barat, daripada negara Arab dan bukan Arab, membantu, memuji dan mendoakanmu. Terdahulu, pertolongan daripada Allah Tabarak wa Ta’ala kepada kamu, pertolongan (ke atas) kamu bersama-sama bantuan-Nya, tawfiq-Nya dan pembelaan-Nya. (“Dan tiadalah kemenangan itu melainkan dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” – al-Anfal : 10)

Allah memberkatimu pada apa yang ada padanya kebaikan, petunjuk dan keberkatan. Bagimu, rakyatmu dan negaramu, pada agamamu dan (urusan) duniamu. Dia mengumpulkan perkataanmu atas petunjuk, meluaskan kepadamu rezekimu, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (al-Kahfi : 10)

Yusuf al-Qaradhawi,
Pengerusi, Kesatuan Ulama Islam Sedunia

24 comments:

Anonymous,  26 April 2013 at 08:21  

Nak borong pun agak-agak lah...tembelang dah pecah derr

Anonymous,  26 April 2013 at 11:18  

Betui ker surat die ni...la ni macam2 leh buat..surat Obama pun orang Malaysia leh reka...nak menipu boo ler jgn sampai dapat dose beso..hahah

Unknown 26 April 2013 at 12:51  

semoga beroleh kejayaan.. aameen.

Anonymous,  26 April 2013 at 14:31  

mana kau tahu bohong? bukan ker ada surat asal bahasa arab tue?? ker xfaham??

Unknown 26 April 2013 at 20:36  

Xtaw la ni surat betul ke tak...tp bahasa surat ni tinggi
.x tumpah macam translation kitab fiqh awlawiyyat karya al qaradhawi

Anonymous,  26 April 2013 at 21:06  

klu mereka, ayatnya takkan jd mcm ni..ayatnya lebih tsusun. ayat ni jelas terjemahan. ada link bahasa arab pny..g tgok..

ops..ramai macai tak tahu bahasa arab

Anonymous,  26 April 2013 at 22:26  

buta ke? ada link surat original la kat atas.

shahir7,  26 April 2013 at 22:35  

x dapat terima kebenaran kah??wahai penyokong BN sekalian,ayuh UBAH GOVERNMENT di Malaysia..kami tahu anda x tahu,oleh itu,jenguk2 lah page2 pakatan dalam fb yer...jgn sebelah pihak jer!!kami tahu anda bukan kambing,lembu @ ayam,anda diberi akal,LU PIKIR LA SENDIRI,ASSALAMUALAIKUM

Anonymous,  27 April 2013 at 08:44  

nah,link surat asal.. sape xreti arab,masih sempat belajar utk BUKTIKAN KESAHIHAN surat tu..jgn dok fitnah sana sini lah..cuba KAJI DULU.. ni tak,malas nak mengkaji, tp cepat je MENGHUKUM.. SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA,terlalu lemah dan TERKEBELAKANG DARI NEGARA LAIN..
http://www.scribd.com/doc/137720375/Sheik-AlQaradawi-Letter-Original?secret_password=7onkiaqlpj7kerwal2l

Anonymous,  27 April 2013 at 15:01  

terbaikkk la terjemahan ni, bagus doh ni..^___^
moga ada ganjaran disisi Allah

Anonymous,  27 April 2013 at 16:41  

macai mengaji pun tak, what did u expect macai to understand ARABIC?

Anonymous,  27 April 2013 at 22:37  

Kalau pun betul Dr Qardawi yg tulis,dia bukan semuanya tahu pasal politik Malaysia.Apa authoriti beliau sampai boleh tabalkan Anwar begitu.Tp saya nampak macam surat palsu sahaja.Sudah 2 kali dia datang ke Malaysia dan memuji Malaysia sebagai negara contoh negara Islam lain.Nampak sangat bercanggah.



saif azwan 28 April 2013 at 12:39  

Orang yang bijak, mereka lebih banyak berfikir sebelum bertindak. lebih banyak mengkaji dari mengeji.. lebih kusyuk dan tawaddu'.

Untuk sedara anonymous kat atas, yg berani cakap tapi x Berani tonjolkan diri, pasa pendapat saya depth hamba Allah yg lemah nie, yg lemah saya ye bkn Allah, Jgn Salah tafsir pulak. ilmuwan, cendikiawan, ulama mereka akan cari fakta dan digabungkan dgn nas2 Quran yang tepat. baru mereka elaborate. dan Sebagai seorg yg dikurniakan akal oleh Allah, segala ape tunjuk ajar dalam Quran wajib dilaksanakan. apabila mereka memuji Mesia itu menunjukkan mereka bejaga habluminannas. hubungan sesama manusia.

jelas? emosi dan segala ape yg tercacat dalam akal sedara tu, tak semestinya digunakan dalam menial sesuatu fakta.

Wassalam. Saif Azwan

Anonymous,  29 April 2013 at 01:46  

abis tu....mcm la ko tahu spe anwar tu....klo ko dga belah ko je...mst dye tu di buruk2kn..kebanyakkn org2 bn klo diceritakan ap y ad pada anwar ibrahim..korg xcaye..cbe la ko bukak sikit pmikirn 2...
aku ni da tgk byk kitab2 arab...
ble ak tgk dn bce surt ni...mmg asli dr Sheikh Qardawi...sbb susunan bahse ngan nahu dye mmg gaye susunan arab...org2 malaysia y thu bhse arab ssh nk wat susunan bahase y mcm ni....

Anonymous,  29 April 2013 at 02:30  

Comment Anonymous27 April 2013 22:37

Btul tu..

Anonymous,  29 April 2013 at 12:12  

Antara PAS dengan BERJASA...
Lebih baik aku pilih BERJASA... manifesto mereka adalah AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR dan matlamat mereka menubuhkan negara islam... berbanding dengan PAS... yang sekarang byk liberal dan sosialis yang hilang arah tujuan islam... terlalu tunduk kepada DAP dan PKR... seolah2 melupakan peristiwa MAMALI... sebagai aku anak bekas peristiwa MAMALI.. cukup kesal dengan PAS sekarang....

Muhammad Za'im Mohamad Yusoff 30 April 2013 at 20:10  

SURAT INI ASLI :

NAH INI DIA DAPATAN LEPAS PERIKSA KESAHIHAN SURAT INI :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201243692601039&set=a.1155917664793.2025214.1433258758&type=1&theater&notif_t=like

Unknown 2 May 2013 at 14:56  

kan ada nombor telefon, sesiapa yang merasa ragu surat itu palsu, sila hubungi nombor yang tertera... kemudian komen semula di sini...kebanyakannya anynomous ya di sini

Anonymous,  3 May 2013 at 07:53  

Isk, isk, isk... SYQ tidak menabalkan Anwar sebagai PM. Beliau hanya menyatakan sokongannya sahaja. Seperti rakyat Malaysia, beliau hanya mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang melaksanakan agama Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah secara praktikal di samping menghormati agama lain. Kalau Ulama besar dunia pun korang x percaya, habis korang nak percaya siapa? Najib? Wife dia pun x pakai tudung. Cam ner nak tegakkan Islam secara menyeluruh? SYQ bukan hanya seorang Ulama, tp beliau adalah seorang Ilmuwan yang sangat bijaksana. Mana kau tahu dia tak tahu pasal politik Malaysia? Berlambak kat internet and media pasal politik Malaysia. Seorang Ilmuwan x akan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan unless dia dah kaji sedalam-dalamnya mengenai sesuatu perkara. Understand?

Anonymous,  4 May 2013 at 16:00  

Ini surat dari orang yahudi ni.....

Anonymous,  4 May 2013 at 18:33  

kalau pun asli surat tersebut dia suruh apa? negara berlandaskan alquran dan as-sunah. tapi malangnya pr mana nak buat apa yg dia suruh. pkr+dap nak yg lain. hanya pas saja yg nsk buat tp pas pun ada 70++ kerusi parlimen. itu pun kalau menang semua.

Yusuf Keduak,  5 May 2013 at 00:39  

surat semua orang bole buat......lagi senang dari buat video tau

Anonymous,  5 May 2013 at 01:27  

Astaghfirullahal'azim... sy harap org yg berkata surat ni dr org yahudi ni adalah seorg bkn islam tp jika islam mengucap lah... tanda2 akhir zaman bila ulama' dihina dan dikotak katik kan... masih sempat bertaubat lg ni...

Anonymous,  14 May 2013 at 16:36  

assalamualaikum .subhanallah .bahasa surat ni tinggi dan tersusun .macam dalam kitab2 arab .nak tanya,dalam prengan after saudaraku yg ku cintai yg second tu ,sheikh dr.yusof ade sbut contoh islam yg wasatiy .boleh jelaskan x ?

  © Blogger template The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP