Daripada Erbakan Kepada Erdogan : Bahagian 2
Hubungan antara Gulen dan Erdogan sudah menjadi open secret dalam kalangan penganalisis dan pemerhati. |
Dr Radwan Masmodi, pengasas dan Pengarah Center
for The Study of Islam and Democracy (CSID) semasa awal kemenangan AKP –
tahun 2002 – pernah menyebut dalam sebuah artikelnya yang bertajuk Turkey
Leads The Way menulis:
“In Turkey today, we at last have a group of Muslim conservatives
who are trying to develop a version of secularism that is acceptable to
Muslims. Theirs is not the anti-religious sort of secularism that has been
practiced in many quarters of the Muslim world, but an Islamically acceptable
secularism, which says that the government belongs to the people and that
religious practices and views should not beenforced by the state.”[i]
[Di negara Turki pada hari ini, kita melihat akan keberadaan kelompok
Islam yang konservatif yang cuba untuk mewujudkan suatu versi tentang
sekularisme yang dapat diterima oleh orang Islam. Sekularisme mereka bukannya
bersifat anti-agama yang banyak dipraktikkan dibanyak negara di dunia Islam,
tetapi sekularisme yang dapat diterima Islam yang menegaskan bahawa kerajaan
adalah milik rakyat dan praktis keagamaan dan pandangan agama tidak boleh
dipaksa oleh sesebuah Negara].
Wacana sekularisme sebagai sebuah mekanisme masih menjadi sensitif
dalam kalangan Islamis, namun Erdogan dan angkatannya telah menjadikannya
realiti, sementelah situasi dan keadaan politik di Turki sangat mendorong hal
tersebut untuk berlaku. Tanpa merujuk diri mereka sebagai Islamis, AKP cuba
bertindak melawan arus dalam member takrif dan makna sekularisme berbanding apa
yang sedia diketahui oleh rakyat Turki sebelum ini. Mereka memberi penekanan
kepada soal hak dan kebebasan rakyat untuk berkeyakinan dan menghidupkan
perbincangan agama di ruang awam.
Lebih menarik, Racid Ghannouchi turut mengambil bahagian dalam
wacana baru ini apabila beliau telah memberikan sebuah syarahan bersejarah
dalam sebuah program anjuran CSID di Tunisia bertajuk al-‘ilmaniyyah wa
Alaqah al-Dawlah min Manzhur Harakah al-Nahdah ( telah diterjemahkan ke
bahasa Inggeris sebagai Secularism and and Relations between Religion and the State from the Perspective of the
Nahdha Party ), menurut
beliau:
“The distinction between that which is political and that which is
religious is clear in the Sahifah in that Muslims are a religious nation
(ummah) and the Jews another, but the combination of the two plus other
polytheists made up a nation in the political sense. This distinction can be
witnessed in the Prophet’s dealings even if the boundaries were not always
clear. Whereas the religious is the sphere of observance and obligation, the
political is the sphere of reason and Ijtihad.”[ii]
[Perbezaan diantara apa yang diertikan sebagai politik dan apa yang
diertikan agama adalah jelas di dalam Sahifah di mana golongan Islam
adalah suatu ummah yang beragama, dan Yahudi pula kumpulan ummah yang lain,
tapi percampuran kedua-duanya dengan golongan musyrik telah menghasilkan suatu
bangsa-negara dalam ertikata politik. Perbezaan ini dapat dilihat semasa Nabi
berurusan walaupun batas-batasnya tidak selalunya jelas. Manakala urusan agama
itu merangkumi ruang ketaatan dan kewajipan, urusan politik merangkumi ruang
akal dan ijtihad.]
Hijab : Pilihan Peribadi, Bukan Urusan
Negara
Wacana berkenaan sejauh mana peranan agama
di ruang awam ini sangat hangat terutamanya sejak AKP mengambil alih
pemerintahan. Saya membawa contoh isu hijab yang sudah menjadi isu sejak sekian
lama. Berbanding Iran dan Arab Saudi yang membuat pemaksaan undang-undang dalam
soal hijab, Turki pula senada dengan Perancis apabila melakukan larangan
pemakaian hijab di bangunan-bangunan kerajaan, universiti dan sekolah-sekolah.
Pada Februari 2008, parlimen Turki secara praktikalnya sudah meluluskan pindaan
perlembagaan yang memansuhkan bahagian dalam perlembagaan yang membenarkan
kerajaan mengenakan larangan pemakaian hijab di tempat-tempat tersebut, namun
kebimbangan lahir apabila ia diprotes oleh sekularis Turki yang diketahui umum
mendominasi pihak tentera dan mahkamah. Akhirnya pindaan undang-undang tersebut
dibatalkan pada Jun 2008 oleh pihak mahkamah.[iii]
Prof Dr Louay Safi |
Peraturan yang bercanggah dengan kebebasan
individu tersebut disanggah keras oleh beberapa pihak, salah seorangnya ialah
intelektual Muslim terkenal iaitu Prof Dr Louay Safi. Dalam sebuah artikel
beliau bertajuk Hijab: Personal Choice Not State Law menyatakan:
“The debate over hijab is
emotionally charged, with secular Turks presenting the move as the first step
toward ending democracy in Turkey and forcing all Turkish women to wear
headscarf. This alarmist language has clouded the debate and created a sense of
panic, as the choices presented are based on the logic of either/or, as if the
only choices society can make is that between banning or enforcing the hijab.
These are of course false choices, as society can choose neither to ban nor
enforce. The third choice is the one available to women in most Muslim
countries. In most societies, the decision to wear headscarf, or to take it
off, is a personal choice.”[iv]
[Perdebatan
tentang hijab penuh beremosi, dengan pihak sekularis Turki mendakwa bahawa ia
adalah langkah pertama ke arah penghapusan demokrasi di Turki dan memaksa
wanita Turki untuk bertudung. Bahasa yang amat menggelisahkan ini telah
mengaburi perdebatan dan menghasilkan perasaan panik, kerana pilihan yang
dipaparkan adalah berdasarkan logik samada berhijab atau tidak sama sekali,
yang mengertikan bahawa pilihan yang boleh dibuat masyarakat hanya samada
melarang hijab atau memaksakan hijab. Sesungguhnya ini adalah pilihan yang
batil kerana masyarakat boleh memilih untuk tidak menghalang atau memaksa.
Pilihan ketiga ialah pilihan yang dipunyai oleh wanita dikebanyakan negara
Islam. Dalam banyak masyarakat, keputusan untuk memakai hijab atau membukanya,
adalah pilihan diri sendiri].
Persoalan hijab dan menghalang
peranan agama untuk berperanan di ruang awam turut berlaku di Tunisia khasnya
semasa pemerintahan Habib Bourguiba apabila beliau telah menutup sebuah
universiti Islam terkenal iaitu Universiti Islam al-Zaytounah dan mengeluarkan
arahan melarang pemakaian hijab.[v]
Hijab seolah-olah dilihat sebagai simbol agama yang menakutkan, sebagaimana
fenomena segelintir masyarakat Barat pada hari ini yang melihat janggut sebagai
simbol keganasan.
Saya berpandangan, isu sebenarnya
bukannya sehelai kain bergelar hijab, sebaliknya sebuah masyarakat yang tidak
menghayati hak kebebasan beragama, selain tidak meramahi inklusivisme dan
pluralisme dalam bernegara dan bermasyarakat. Bahkan isu sebenarnya ialah binary
vision yang hanya memandang hitam atau putih semata-mata terhadap sesuatu
perkara. Pokoknya, pandangan sempit sebegitu lahir dalam masyarakat yang
berminda dogmatik tanpa mengira apa agama atau ideologi, sebagaimana pernah
diulas oleh sosok intelektual Muslim terkenal era ini iaitu Prof Dr Tariq
Ramadan dalam tulisan beliau bertajuk The Quest For Meaning:
“The dogmatic mind displays, moreover, one further characteristic.
It would be a mistake to think that it accepts the existence of only one point
of view: the dogmatic mind is a binary mind. Whilst it states that its truth is
the only truth, that its Way is exclusive and that its universal is the only
universal, that is because it stipulates – at the same time – that anything
that does not partake of that truth, that path and that universal is, at best,
absolutely ‘other’ and, at worst, culpably mistaken.”[vi]
[Minda dogmatik memperlihatkan satu lagi ciri. Adalah suatu kesalahan
untuk mengandaikan bahawa ia hanya menerima kewujudan hanya satu pandang arah:
minda dogmatik itu adalah satu minda binari. Manakala ia menyatakan bahawa
kebenarannya itu adalah satu-satunya kebenaran, jalannya pula begitu ekslusif
dan universalnya hanyalah ia satu-satunya, kerana ia mengandaikan – pada masa
yang sama – sesuatu yang tidak mengikuti kebenaran tersebut, jalan itu dan
universal itu, paling tidak, sesuatu yang sama sekali “lain’ dan lebih parah,
sesuatu yang salah].
Pengaruh Pemikiran Gulen
Pada awal pelaksanaan pseudo-secular di Turki satu masa
dahulu, telah bangkit ramai ilmuan agama menuntut hak mereka, termasuklah
Bediuzzaman Said Nursi (1877-1960) yang sangat terkenal sebagai salah seorang
tokoh yang berhempas pulas menuntut hak kebebasan beragama dan berkeyakinan,
selain mengubat penyakit masyarakat Muslim pada masa itu daripada pengaruh kemalism.
Latar belakang kebangkitan Muslim di Turki tidak dapat dipisahkan daripada
kewujudan figur yang menjadi inspirasi mereka, sebagaimana halnya dengan
Erbakan yang telah diinspirasikan oleh Shaykh Mehmed Zahid Kotku dari gerakan
sufi Nakhsbandi.[vii]
Sementara itu pengaruh wacana baru yang dibawa oleh Fethullah
Gulen (1941 – sekarang) antara faktor perubahan cara berfikir dan pendekatan
AKP. Dalam mencorakkan politik baru Turki. Gulen disifatkan oleh sebahagian
pengkaji sebagai seorang tokoh pemikir dan intelektual yang bertanggungjawab
membawa pemikiran sufi kontemporari, ilham daripada apa Jalaluddin Rumi dan
Yunus Emre.[viii]
Berhubung demokrasi, Ihsan Yilmaz membawa satu pandangan Gulen (dipetik
daripada buku yang memuatkan pandangan beliau bertajuk Essays, Perspectives,
Opinions )yang menegaskan bahawa politik Islam bersifat pragmatik
berdasarkan maslahah (kepentingan umum) dan zeitgeist (ruh
zaman):
“Islam does not propose a certain unchangeable form of government
or attempt to shape it. Instead, Islam establishes fundamental principles that
orient a government’s general character, leaving it to the people to choose the
type and form of government according to time and circumstances.”[ix]
[Islam tidak
mencadangkan suatu bentuk kerajaan yang tidak anjal atau cuba untuk
mereka-bentuknya. Akan tetapi, Islam menegakkan prinsip-prinsip yang
fundamental yang mengorientasikan ciri-ciri umum sesebuah kerajaan, dan
membiarkan ia kepada rakyat jelata untuk memilih jenis dan bentuk kerajaan
menurut peredaran masa dan suasana].
Pandangan beliau tersebut cocok dengan pandangan ramai tokoh
reformis lain termasuk Rachid Ghannouchi, Tariq Ramadan dan Abdel Wahab
elAffendi. Beliau juga berhujah dengan ayat al-Quran daripada surah al-Ra’du[x]
, menurutnya ayat tersebut menunjukkan bahawa setiap kehendak individu
menentukan apa yang bakal diterimanya sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Justeru pembangunan dan kemunduran sesuatu masyarakat bergantung kepada
kehendak, pandangan alam dan gaya hidup warganya.[xi]
Menurut Gulen:
“Islam
considers a society to be composed of conscious individuals equipped with free
will and having responsibility toward both themselves and others. Islam goes a
step further by adding a cosmic dimension. It sees humanity as the “motor” of
history, contrary to fatalistic approaches of some of the nineteenth century
Western philosophies of history such as dialectical materialism and
historicism. Just as every individual’s will and behavior determine the outcome
of his or her life in this world and in the hereafter, a society’s progress or
decline is determined by the will, worldview, and lifestyle of its inhabitants.
The Koran (13:11) says: “God will not change the state of a people unless they
change themselves [with respect to their beliefs, worldview, and lifestyle].”[xii]
[Islam menganggap
sesuatu masyarakat itu terdiri daripada manusia yang sedar yang dipersiapkan
dengan pilihan sendiri dan mempunyai tanggungjawab terhadap diri mereka dan
orang lain. Islam melangkah setapak lagi dengan menambahkan dimensi kosmik. Ia
melihat kemanusiaan sebagai “motor” yang menggerakkan sejarah. Hal ini
bertentangan dengan pendekatan fatalis sesetengah falsafah sejarah Barat abad
ke-sembilanbelas seperti materialis dialektik dan historisisme. Sepertimana
kehendak dan kelakuan seseorang individu itu akan menatijahkan hasil
kehidupannya di dunia ini maupun di hari akhirat, kemajuan dan kemunduran
sesuatu masyarakat itu ditentukan oleh kehendak, pandangan sarwa dan gaya hidup
umat itu sendiri. Al Qur’an menyebutkan: “Sesungguhnya Tuhan tidak akan merubah
nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri merubah apa yang ada dalam dirinya
(berupa keyakinan, pandangan sarwa dan gaya hidup]” [13: 11]
Selain itu, Gulen turut dikenali sebagai aktivis sosial yang
berjasa besar dalam memaikan peranan sebagai masyarakat sivil terutama dalam
soal pendidikan dan kebajikan. Menerusi gerakan Hizmet, mereka telah
menubuhkan dua buah sekolah pada awal 1980-an dan setelah hampir dua dekad,
bilangan sekolah telah menjadi ratusan, malahan mencapai 500 buah sekolah di
seluruh dunia.[xiii]
Beliau turut dikenali dengan penolakannya terhadap Islamism seperti
gerakan Erbakan yang mana menurut beliau telah menjadikan Islam sebagai
ideologi politik, hal tersebut dikatakan telah bertentangan dengan semangat
Islam yang cocok dengan demokrasi.[xiv]
Barton memetik pandangan beliau:
“… This vision of Islam as a totalising
ideology is totally against the spirit of Islam, which promotes the rule of law
and openly rejects oppression against any segment of society. This spirit also
promotes actions for the betterment of society in accordance with the view of
the majority.”[xv]
[…Visi Islam
sebagai suatu ideologi yang mencakupi segalanya adalah sebenarnya bercanggah
dengan ruh Islam itu sendiri. Islam menganjurkan aturan hukum dan secara
terang-terangan menentang segala bentuk penindasan ke atas mana-mana segmen
masyarakat. Ruh ini juga menganjurkan tindakan untuk pengislahan masyarakat
bersesuaian dengan pandangan kelompok majoriti.]
Di samping itu, gerakan Gulen juga sangat dikenali dengan komitmen
mereka dalam melakukan dialog antara tamadun dan agama, selain pandangan beliau
yang lebih toleran terhadap Barat menjadikan beliau berbeza dengan pandangan
Erbakan dan sedikit sebanyak telah mempengaruhi dasar luar negara Turki. Pim
Valkenberg dalam sebuah kertas kerjanya memetik satu pandangan Gulen iaitu:
“Interfaith dialogue in a must today, and the
first step in establishing it is forgetting the past, ignoring polemical
arguments, and giving precedence to common points, which far outnumber
polemical ones”[xvi]
[Dialog antara
agama adalah suatu kemestian sekarang ini. Dan langkah pertama dalam
melaksanakannya ialah melupakan peristiwa yang lalu, menghindari pertelingkahan
polemik, dan memberikan keutamaan kepada perkara yang disepakati, yang
semestinya lebih banyak daripada perkara yang bersifat polemik.]
Refleksi dan konklusi
Peralihan wacana Islamis yang berlaku di Turki sangat menarik
untuk ditinjau secara kritis, terutama perihal kebijakan politik dan keberanian
Young Turks melakukan perubahan sehingga menyebabkan gelenekciler
tertinggal jauh di belakang. Soalnya bukan siapa di hadapan atau di belakang
memandangkan pemikiran Erbakan mempunyai jasa dan sumbangan tersendiri di
Turki, namun bagaimanakah interaksi AKP dalam mewajahkan politik baru secara
realistik wajar dipuji dan dicontohi oleh gerakan Islam di seluruh dunia.
Pandangan saya berdasarkan pengalaman Turki di atas, pandangan
sesetengah gerakan Islamis yang mencampur adukkan antara peranan negara dan
peranan ummah (komuniti) wajar dinilai secara kritis. Tugas komuniti untuk
melakukan nasihat dan amar makruf nahy munkar khasnya dalam urusan
peribadi warga seperti isu hijab (sebagaimana diulas di atas) telah dianggap
sebagai tanggungjawab negara. Prof Dr Louay Safi menyatakan:
The Islamic state, it should be emphasized, is not an institution
devoted to advancing the interests of the Muslim community, but a political
system based on universal principles, and one committed to maintaining peace,
security, and welfare for all citizens, irrespective of their doctrines,
religions, nationality, race or gender.”[xvii]
[Sebuah Negara Islam, perlu ditekankan di sini, bukannya sebuah
institusi yang hanya mengketengahkan kepentingan masyarakat Islam sahaja,
tetapi suatu sistem politik yang bersandarkan prinsip-prinsip yang universal.
Ia bersungguh-sungguh dalam mengekalkan keamanan, keselamatan dan kebajikan
kesemua rakyatnya tanpa mengira perbezaan doktrin, agama, kawarga-negaraan,
bangsa maupun gender.]
Komentar yang diberikan oleh Dr
Louay di atas menuntut perbincangan secara kritis soal membezakan urusan
keagamaan (diniy) dan kepolitikan (siasiy) mesti diluaskan oleh terutamanya
oleh gerakan Islamis, kerana tindakan generalisasi semua urusan menyebabkan
berlaku campur aduk. Perbincangan ini akan berkait dengan sekularisme sebagai
mekanisme, justeru memerlukan kesediaan aktivis gerakan Islamis untuk
melontarkan pandangan mereka secara ilmiah dan realistik sebagaimana dilakukan
oleh Ghannouchi dalam syarahannya (sebagaimana dipetik di atas). Islam
sememangnya menolak pemisahan agama daripada kehidupan termasuk soal politik,
disebabkan itu Islam mewajibkan prinsip-prinsip keadilan, kesamarataan,
pemerintahan yang baik, (good governance), syura dan sebagainya. Namun
dalam masa yang sama, sekularisme pada hari ini (sebahagiannya) membincangkan
soal pemisahan ruang antara pemerintahan dan ruang awam, berteraskan hak
kebebasan berkeyakinan dan beragama.
Justeru sekali lagi, gerakan
Islamis hendaklah melibatkan diri dalam perbincangan ini secara matang,
bukannya sekadar cukup dengan ungkapan “sekularisme ialah jalan pintas menjadi
kufur”. Kesediaan gerakan Islamis akan lebih terbukti jika mereka berani
“merakyatkan” perbincangan ini kepada para pengikut tegar mereka kerana
sebilangan para pengikut dan pendokong perjuangan Islamis akan membawa visi,
misi dan kefahaman yang dilaungkan oleh para pimpinan mereka. Gerakan mahasiswa
Islam juga sepatutnya sudah berani membawa perbincangan ini dan memasukkannya
ke dalam silibus mereka, bukan semata-mata bergantung dengan silibus ciptaan
generasi 80-an dan 90-an, lantaran pemikiran politik merupakan sesuatu yang
sentiasa berubah-ubah dan tidak statik.
Intihan, pergolakan pemikiran
politik Turki meninggalkan banyak kesan yang bisa dipelajari. Salah satu yang
paling penting (tetapi tidak diulas dalam tulisan ini) ialah dasar luar negara
AKP yang menarik perhatian ramai penganalisis. Slogan zero problem with neighbours
yang diketuai oleh Menteri luarnya, Ahmet Davutoglu turut wajar diamati oleh
gerakan Islamis supaya bukan lagi berjiwa pembangkang dengan retorik anti-Barat
dan sebagainya, sebaliknya bersedia dengan posisi yang kukuh untuk memerintah.
Dan semua perkara ini sudah tentu menuntut komitmen dan jiwa yang besar
daripada semua pihak, bahkan AKP sendiri tidak muncul dalam masa satu malam!
[i] Dr
Radwan Masmoudi, Turkey Leads The Way , Muslim Democrat, Volume 4, No.
3, November 2002, h. 2 (Muslim Democrat merupakan sebuah majalah terbitan
Center for The Study of Islam and Democracy)
[ii]
Racid Ghannouchi, beliau menyampaikan syarahan ini di Tunisia dalam satu majlis
anjuran CSID pada 2 Mac 2012
[iv] Dr Louay Safi, Hijab: Personal
Choice Not State law, http://www.middle-east-online.com/english/?id=24300
[v]
Azzam Tamimi, Rachid Ghannouchi: A Democrat Within Islamism (New York:
Oxford University Press, 2001) h. 114
[vi] Tariq Ramadan, The Quest For
Meaning, (London: Penguin Group, 2010) h. 14
[vii] Ihsan Yilmaz, Beyond
Post-Islamism: Transformation of Turkish Islamism Toward ‘Civil Islam’ and Its
Potential Influence in The Muslim World h. 255. Berhubung pengaruh Nursi
dalam politik Turki, Mohamad Zaidin Mat telah menulis sebuah kajian bertajuk Bediuzzaman
Said Nursi: Sejarah Perjuangan dan Pemikiran, terbitan Jabatan Pengajian
Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
[viii]
Greg
Barton: Progressive Islamic thought, civil society and the Gulen movement in
the national context: parallels with Indonesia, h. 1
[ix] Ihsan Yilmaz, op. cit, h.259
[x] Firman Allah: “Sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka
sendiri.” (ayat ke-11)
[xi] Ihsan Yilmaz, Beyond
Post-Islamism: Transformation of Turkish Islamism Toward ‘Civil Islam’ and Its
Potential Influence in The Muslim World h. 260
[xii] Ibid. h. 260
[xiii]
Greg
Barton: Progressive Islamic thought, civil society and the Gulen movement in
the national context: parallels with Indonesia, h. 26
[xiv] Ibid. h. 16
[xv] Ibid. h. 16
[xvi]
Pim Valkenberg, Fethullah Gülen’s Contribution to Muslim-Christian
Dialogue in the Context of Abrahamic Cooperation,
h. 6
[xvii]
Azzam Tamimi, Rachid Ghannouchi: A Democrat Within Islamism (New York:
Oxford University Press, 2001) h. 109.
0 comments:
Post a Comment