Persaudaraan Rindu dan Chenta
Rindu dan
chenta,
adalah dua
yang bersaudara,
menerusi ibu
yang berbeda,
bapa yang
sama
Alangkah
perit menjadi chenta,
andai tanpa
wujudnya rindu,
aduhai hati
lara berduka,
andai cinta
tidak disambut-Mu
Kau yang
sentiasa menchenta,
aku pula
kadang-kadang sahaja,
tatkala hati
menangis mendamba sejahtera,
'kadang-kadang'
mula berlagak 'sentiasa'
Menjadi
manusia, pertamanya menjadi pendosa
menjadi
penchenta, taubat syarat selamanya
rindu
merintih berulang-ulang, tawar tanpa air mata
berdoa
memohon aman, manis dengan chenta
Chenta
adalah kehidupan,
rindu pula
sahabat perjalanan,
seperti
malam dan kegelapan,
tiada
berpisah, apa lagi berjauhan
Chenta dan
rindu,
sungguh ia
hanyalah satu.
MBH, Irbid,
110513, 11:41
2 comments:
subhanallah .Allah maha besar .kan ?
Subhanallah.berbunga nye ayat .
Post a Comment